Sunday, October 25, 2020

Penyanyi hina nabi dihukum gantung sampai mati

Kano, Nigeria – Sebuah mahkamah Islam di utara Nigeria semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang penyanyi lelaki kerana mempersendakan Nabi Muhammad SAW, kata beberapa pegawai kehakiman.

Mahkamah Tinggi Syariah di bandar Kono mengarahkan penyanyi itu, Yahaya Aminu Sharif yang berusia 22 tahun dihukum gantung sampai mati kerana menghina Rasulullah dalam salah satu lagunya, kata jurucakap kementerian kehakiman di wilayah berkenaan, Baba-Jibo Ibrahim kepada AFP.

Sebelum ini mahkamah tersebut di negara majoriti umat Islam itu pernah menjatuhkan hukuman mati ke atas pesalah yang melakukan zina, pembunuhan dan homoseksual tetapi ia tidak pernah melakukannya sehingga sekarang.

“Pihak mahkamah menjatuhkan hukuman mati seperti termaktub dalam undang-undang Islam berdasarkan bukti-bukti yang tidak disangkal lagi,” kata Ibrahim.

Sharif dituduh mempersendakan Nabi Muhammad SAW dalam satu lagunya yang kemudian dikongsi bersama dalam media sosial pada Mac lalu sehingga mencetuskan rusuhan di bandar.

Para perusuh membakar rumah keluarga penyanyi tersebut yang beragama Islam dan menguasai jalanan selain menuntut supaya dia didakwa menyebabkannya ditangkap.

Mahkamah yang sama juga menghukum seorang budak laki-laki, Umar Farouk penjara sehingga 10 tahun dengan melakukan kerja-kerja keras kerana mempersendakan Allah, kata Ibrahim.

Dia didapati bersalah kerana menggunakan ayat-ayat yang kotor terhadap ALLAH semasa bergaduh dengan seorang rakan.

“Pihak mahkamah menganggap budak itu di bawah umur dan menghukumnya 10 tahun penjara,” kata Ibrahim.

Kedua-dua pesalah mempunyai masa selama sebulan untuk membuat rayuan. – AFP

Berita berkaitan

00:05:21

[Video] Tular video wanita asing sebar Kristian, hina nabi di KL

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial beberapa hari lalu, wanita itu dilihat mendekati orang ramai terutama mereka yang beragama Islam untuk menyebarkan agama Kristian sambil membawa kain rentang mengenai “Jesus”.

Pensyarah hina nabi, al-Quran dihukum mati

Profesor Junaid Hafeez yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di Universiti Bahauddin Zakariya di bandar Multan dituduh melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan al-Quran secara lisan serta di Facebook pada 2013.

Islam terus di perlekeh.. masih tak faham?

Mac 3.00 petang (Msia) - Senator Fraser Anning salahkan umat Islam, dan label Islam agama keganasan

Hina Nabi: Mujahid anggap himpunan bantahan oleh Pemuda UMNO/PAS Ibarat “Menunggang Agama”

Guna agama untuk mengatakan saman AES adalah patuh syariah tak apa. Itu bukan menunggang Agama berbanding menentang Penghina Nabi yang tidak diambil tindakan undang-undang dengan segera.

Berita Terkini

Tangani Krisis Tanpa Membelakangkan Perlembangaan Dan Demokrasi – Mohamad

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihati kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani krisis yang dihadapi negara dengan mempertahankan...

Malaysia not the first country to declare state of emergency over Covid-19

Malaysia will not be the first country to declare a state of emergency over the Covid-19 pandemic, with almost...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

49 lagi pekerja Proton sah dijangkiti Covid-19

Selepas lima hari seorang pekerjanya diumum positif Covid-19, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memaklumkan sebanyak 49 lagi kes...