Sunday, April 11, 2021
Spread the love

Pendakwaan mohon pinda 2 pertuduhan rasuah Guan Eng

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Pihak pendakwaan dalam kes rasuah projek terowong dasar laut Pulau Pinang dan jalan Lim Guan Eng memohon pindaan terhadap 2 daripada 4 pertuduhan ke atas bekas ketua menteri itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, mereka akan mengemukakan pindaan itu ketika sebutan kes seterusnya pada 28 Okt ini, apabila Lim hadir di mahkamah.

Lim dikecualikan daripada prosiding hari ini kerana beliau perlu menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang minggu ini.

Hakim Azura Alwi memberitahu pihak pendakwaan, beliau tiada masalah menetapkan tarikh perbicaraan pada tahun depan.

“Tetapi, kami akan menetapkan tarikh dan membacakan pertuduhan itu pada 28 Okt di depan tertuduh.”

Peguam Lim, Gobind Singh Deo berkata pihak pembelaan berhasrat membuat satu permohonan, tetapi memberitahu mahkamah mereka akan mendedahkannya ketika sebutan kes pada 28 Okt ini.

Shaharuddin kemudian memberitahu wartawan, pindaan itu akan dibuat ke atas pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) dan 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Lim didakwa menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri ketika itu untuk meminta balasan berupa 10% keuntungan daripada Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan mendapatkan RM3.3 juta dalam rasuah untuk melantik syarikat Zarul melaksanakan projek berkenaan.

Bulan lalu, Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas 2 pertuduhan tambahan menyebabkan 2 lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.7 juta dilupuskan kepada 2 syarikat.

Rujukan:
https://pakdin.my/tag/lim-guan-eng

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -