Monday, January 25, 2021
Spread the love

Pemuda Malaysia bangunkan teknologi bas tanpa pemandu di Finland

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Kenderaan yang bergerak sendiri tanpa pemandu sering kali kita lihat dalam pelbagai filem genre sains fiksyen.

Nampaknya teknologi itu tidak lama lagi akan menjadi kenyataan.

Hebatnya, antara orang yang bertanggungjawab memastikannya menjadi realiti adalah seorang pemuda dari Malaysia, Umar Zakir Abdul Hamid.

Beliau kini menjadi jurutera utama pasukan perancangan dan kawalan pembangunan algoritma bersama syarikat teknologi tanpa pemandu di Finland iaitu Sensible 4.

Syarikat itu berkerjasama dengan Muji Japan dalam menghasilkan bas ulang-alik pertama tanpa pemandu yang dipanggil Gacha.

“Pasukan kami bertanggungjawab membangunkan algoritma yang membantu kenderaan autonomi (AV) bergerak dan merancang semula destinasi dalam insiden yang tidak diingini,” katanya.

Sensible 4 sudah melancarkan ujian percubaan di beberapa bandar di Finland sejak Mac tahun lalu dan berhasrat memperkenal Gacha di Asia Tenggara tahun ini.

Mereka mensasarkan bas tanpa pemandu tersedia secara komersil tahun depan.

Umar merupakan graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam panduan, sistem navigasi dan kawalan AV.

Semasa pengajian doktor falsafah (PHD), Umar adalah ahli pasukan ‘Intelligent Drive’ pusat pengajian tinggi tersebut yang berjaya mempamerkan prototaip kenderaan tanpa pemandu di Pusat Inovasi & Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya pada 2018.

Tidak dinyatakan sejak bila berada di Finland, namun Umar mempunyai enam tahun dalam bidang AV, malah menyertai lebih 10 projek di Malaysia, Singapura dan Jepun.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -