Tuesday, April 13, 2021
Spread the love

Pemindahan hak milik hotel TH akan dikenang hingga ke liang lahad

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

PEMINDAHAN hak milik empat hotel Tabung Haji (TH) merupakan satu pengkhianatan besar kepada umat Islam di negara ini.

Bekas Timbalan ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani menganggap perkara itu sebagai tidak logik dan akan sampai bila-bila.

Katanya, aset-aset TH itu merupakan harta orang Islam, dan orang yang melakukannya perlu menanggung perkara itu hingga ke liang lahad.

“Tengok bagaimana jahatnya yang dilakukan ini. Kamu kena tanggung sampai di akhirat, Jangan main-main… harta orang Islam kan ni?

“Ini, kalau orang sebut, sampai masuk dalam kubur orang sebut. Orang sebut sampai masuk dalam kubur,” katanya seperti yang dipetik melalui rakaman di saluran YouTube.

Kenyataan Ahmad Dusuki itu dipercayai merujuk kepada pemindahan milik empat hotel TH kepada Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB).

Aset terbabit ialah TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Pulau Pinang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu.

Namun dalam rakaman tersebut Ahmad Dusuki tidak menyebut sebarang nama atau merujuk kepada sesiapa.

TH dalam kenyataan baru-baru ini memaklumkan, operasi empat rangkaian hotel miliknya dipindah milik kepada anak syarikat Kementerian Kewangan, iaitu, Urusharta Jamaah Property Management Sdn Bhd (UJPM) mulai April.

Pengambilalihan operasi dan perkhidmatan rangkaian hotel oleh UJPM itu merupakan sebahagian daripada pelan pemulihan semula dan penstrukturan institusi tersebut.

Menurut TH, langkah itu bagi memenuhi mandat yang diberikan untuk mengurangkan komitmen kerajaan.

Empat hotel THHR yang terlibat adalah di TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Pulau Pinang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu.

TH menjelaskan semua hotel itu akan dikenali dengan Raia Hotel dan kekal dengan dengan konsep patuh syariah.

Hartanah terbabit adalah sebahagian daripada pemindahan aset 29 aset hartanah TH,  yang mempunyai nilai semasa sebanyak RM9.63 bilion pada hari pemindahan.

TH juga berkata tiada kakitangan akan diberhentikan kerja. Bagaimanapun 10 peratus pekerjanya akan diserap oleh hotel TH di Kelana Jaya, Petaling Jaya.

 

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -