Pemimpin PPBM Seluruh Negara Bantah Desakan Tun M Letak Jawatan

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

(Malaysia Gazette) – Pemimpin dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) seluruh negara hari ini membantah tindakan segelintir pemimpin politik dalam Pakatan Harapan (PH) mendesak Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatan Perdana Menteri pada Mei ini.

Wakil kepimpinan PPBM itu, Datuk Mazlan Hashim berkata, kenyataan sesetengah pemimpin PH walaupun menggunakan platform sendiri, bukan mewakili parti masing-masing boleh memberi kesan tidak baik kepada pentadbiran negara.

Katanya, kepimpinan PPBM di seluruh negara mengingatkan pihak berkenaan bahawa peralihan kuasa akan diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH), bukan individu yang berkepentingan.

“Kami nak ingatkan kepada ‘mangkuk hayun’ (individu yang keluar kenyataan supaya Dr. Mahathir berundur) ini agar jangan bersikap kurang ajar atau cuba mengganggu-gugat pengurusan negara seperti mendesak Dr. Mahathir meletakkan jawatan.

“Itu bukan tugas kamu, kita sudah mencapai persetujuan bahawa MPPH yang akan membuat keputusan dan kita serahkan kepada MPPH untuk melaksanakannya,” katanya pada sidang media di luar pekarangan Yayasan Al-Bukhary di sini hari ini.

Menurut Mazlan yang merupakan Ketua PPBM Bahagian Kepong, sebelum ini Mahathir jelas menyatakan akan meletakkan jawatan selepas Sidang APEC 2020 pada November ini, kenapa perlu didesak atau ditekan.

Katanya, beliau percaya Mahathir yang juga Presiden PPBM tetap dengan pendiriannya menyerahkan sepenuhnya kepada MPPH berhubung sebarang peralihan kuasa kepada penggantinya.

“Sebarang desakan oleh mana-mana individu, kelompok atau pemimpin parti PH terhadap Perdana Menteri ketujuh adalah perbuatan tidak bertanggungjawab dan bertatasusila.

“Tuduhan golongan ini merupakan satu cabaran kepada muafakat parti yang dijalin sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun 2018.

“Saya ingin mengingatkan bahawa sikap mereka ini adalah ancaman kepada kestabilan pentadbiran negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua PPBM Bahagian Bandar Tun Razak, Mohd Shahni Ismail berkata, perhimpunan Ketua-Ketua Bahagian, Ahli Jawatankuasa dan ahli PPBM di depan Yayasan Al-Bukhary petang ini adalah sebagai tanda solidariti mereka kepada Dr. Mahathir.

Beliau turut mengecam segelintir pemimpin dari PH yang begitu gelojoh dan tidak sabar untuk melihat peralihan kuasa berlaku antara Dr. Mahathir dengan pengganti yang disebut-sebut iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita tahu selepas ini Perdana Menteri kelapan sudah menunggu sama ada Anwar atau sesiapa sahaja. Itu kita tidak pasti kerana yang akan menentukan pengganti ialah MPPH,” katanya.

spot_img