Pasangan kekasih sembunyi kelahiran, buang mayat bayi ditahan

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

IPOH: Sepasang kekasih di Seri Iskandar dekat sini ditahan semalam kerana disyaki menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat bayi berkenaan ke dalam Sungai Perak, kata Ketua Polis Daerah Perak Tengah Barudin Wariso.

Beliau berkata, wanita berusia 22 tahun ditahan selepas pihaknya menerima maklumat berhubung bau kurang menyenangkan dari rumah suspek di Seri Iskandar kira-kira pukul 12.15 tengah hari semalam.

“Wanita itu mengaku melahirkan bayi perempuan ketika kandungan 7 bulan dalam keadaan bernyawa dan kemudian meninggal dunia di dalam bilik tidurnya pada pukul 3 pagi Selasa lepas tanpa pengetahuan keluarga yang tinggal serumah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, wanita itu kemudian membungkus bayi itu dan menyimpannya dalam almari selama 3 hari sebelum diberikan kepada teman lelakinya lalu dibuang ke dalam Sungai Perak, berdekatan rumah pam Lembaga Air Perak, Teluk Kepayang, Bota dekat sini awal pagi semalam.

Barudin berkata, hasil soal siasat mendapati wanita yang tidak bekerja itu hamil hasil hubungan seks dengan teman lelakinya berusia 22 tahun yang bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di Alor Gajah, Melaka.

“Polis kemudian menahan teman lelakinya di rumahnya juga di Seri Iskandar yang mengaku membuang mayat bayi berkenaan ke dalam sungai,” katanya.

Katanya, polis bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat melakukan usaha mencari mayat bayi itu, namun masih gagal ditemukan sehingga lewat petang semalam.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat bayi secara sulit.

spot_img