Pas tidak akan menyertai PH, kata Takiyuddin

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Pas tidak akan menyertai Pakatan Harapan (PH) sebaliknya akan mengukuhkan kerjasama politiknya dengan UMNO, Barisan Nasional (BN) melalui Maufakat Nasional.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, gabungan itu juga akan terus menjadi pembangkang konstruktif dalam dan luar Parlimen serta berperanan sebagai semak dan imbang terhadap kerajaan PH.

“Selama ini Pas tidak pernah terfikir apa lagi memohon untuk menyertai PH, sebaliknya akan mengukuhkan lagi kerjasama politik dengan UMNO,BN melalui Muafakat Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15.

“Lebih-lebih lagi berikutan pertambahan anggota blok pembangkang dengan kemenangan calon BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menegaskan bahawa PH tidak memerlukan Pas sebagai rakan sekutu yang baharu.

Saifuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus wujud gerakan untuk membawa Pas berganding dengan PH ketika menghadiri Program Food Bank Malaysia di Bukit Angkat, Kajang, semalam.

Terdahulu, Parti Amanah Negara (Amanah) dilaporkan turut menolak sebarang gerakan atau cadangan untuk membawa masuk Pas menyertai kerajaan semata-mata untuk menarik sokongan rakyat kepada PH.

Mengulas lanjut, menurut Takiyuddin, Pas menyifatkan kenyataan Saifuddin penuh dengan kebimbangan, menggelabah dan tertekan selain menunjukkan kedudukan parti komponen dalam PH yang tidak stabil.

“Kenyataan beliau (Saifuddin) yang juga dipetik sebagai berkata ‘PH tidak perlukan Pas sebagai rakan sekutu’ menunjukkan kedudukan PH yang tidak stabil dan dalam keadaan berkrisis sesama komponennya.

“Kenyataan penuh bimbang pimpinan Keadilan (PKR) dan juga Amanah terhadap Pas akhir-akhir ini ibarat ‘anjing takut bayang-bayang’ dan kami menyatakan ‘biarkan PH terjun dengan labu-labunya, biarkan biarkan’,” katanya.

spot_img