Sunday, January 24, 2021
Spread the love

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, dakwaan mengatakan PAS akan bertanding di 3 Parlimen dan selebihnya diberikan kepada rakan sekutu Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) tidak benar.

“Tidak betul PAS belum bincang soal pembahagian kerusi (bersama BN dan PN). PAS belum bincang soal pembahagian kerusi apatah lagi nama calon.

“Di peringkat negeri cuma ada mekanisma Muafakat Nasional (MN) hubungan PAS dan Umno. Malah perbincangan setakat ini hanya menyentuh soal kerjasama dan isu semasa, belum ada perbincangan mengenai isu pilihan raya,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas laporan media yang memetik sumber sebagai berkata ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dikhabarkan akan dilantik sebagai pengarah pilihan raya negeri Selangor bagi PRU15.

Laporan itu turut menyatakan calon menteri besar Selangor yang baharu selepas PRU15 juga sudah diputuskan dan turut dipersetujui rakan MN, MCA, dan MIC.

PPBM dikatakan menerima kerusi terbanyak dengan 7 kerusi Parlimen.

Empat daripadanya ditandingi Azmin di Gombak dan Zuraida Kamaruddin kekal di kerusinya di Ampang, ahli Parlimen Sabak Bernam Mohd Fasiah Mohd Fakeh yang meninggalkan Umno dan menyertai PPBM turut diberikan peluang mengekalkan kerusinya, sementara Muslimin Yahaya kekal di Parlimen Sungai Besar.

Manakala, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun akan ke Parlimen Sepang.

Dua lagi yang dipertaruhkan ialah Dr Afif Bahardin dan Dr Daroyah Alwi, masing-masing di Shah Alam dan Klang.

Umno pula akan bertanding di 6 kerusi iaitu Hulu Selangor, Tanjong Karang, Bangi, Puchong, Sungai Buloh dan Kuala Langat.

MCA dan MIC masing-masing mendapat 4 serta 2 kerusi Parlimen.

PAS pula dikatakan mendapat 3 kerusi iaitu Kapar (Dr Ahmad Yunus Hairi), Kuala Selangor (Muhammad Rashid Mohd Kassim) dan di Parlimen Hulu Langat (Zurk Ahmad).

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -