Wednesday, January 20, 2021
Spread the love

Pas dijangka umum keputusan Pakatan Nasional hari ini

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Jawatankuasa Pas Pusat yang bermesyuarat hari ini dijangka membuat pengumuman penting berhubung pendirian parti itu terhadap pembentukan Pakatan Nasional.

Cadangan pembentukan gagasan baharu kerajaan perpaduan itu dirintis oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO melalui siri perjumpaan sulit antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Walaupun semalam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara dasarnya bersetuju dengan gagasan Melayu-Islam itu, namun sehingga kini pihaknya belum membuat sebarang keputusan.

Ketika ini, Pas dan UMNO telah membentuk kerjasama politik dalam Muafakat Nasional, sebagai usaha untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Islam.

Cadangan pembentukan Pakatan Nasional didakwa akan melibatkan Bersatu, UMNO, Pas, PKR (kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Warisan Sabah.

Pakatan baharu itu didakwa mahu menyingkirkan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) daripada Kerajaan Persekutuan bagi mengembalikan negara ke landasan asal.

Semalam, Majlis Tertinggi (MT) UMNO turut bermesyuarat namun isu Pakatan Nasional didakwa tidak dibincangkan.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -