Parti kerajaan PN, termasuk UMNO setuju tubuh Majlis Presiden

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Semua parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersetuju sebulat suara menubuhkan Majlis Presiden bagi mengukuhkan kerjasama dalam kerajaan dan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata susulan penubuhan Majlis Presiden itu yang akan dianggotai ketua parti berkenaan, langkah-langkah juga akan diambil ke arah penggubalan sebuah piagam antara parti.

“Majlis Presiden akan bertemu lebih kerap dengan pertemuan pertama awal tahun hadapan untuk mendengar taklimat mengenai kedudukan ekonomi semasa negara, pengurusan Covid-19 dan penyediaan Rancangan Malaysia ke-12,” kata beliau.

Penubuhan Majlis Presiden itu dilihat langkah penting diambil kerajaan pimpinan Muhyiddin untuk menangani sebarang pertikaian dengan UMNO, iaitu blok terbesar dalam kerajaan PN.

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi bersama Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden MCA Wee Ka Siong, Presiden SUPP Dr Sim Kui Hian dan Presiden PBS Maximus Ongkili antara yang hadir bersama Muhyiddin untuk bersetuju menubuhkan Majlis Presiden Kerajaan PN.

Platform (Majlis Presiden) itu untuk membincangkan dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti dalam kerajaan

Pada mesyuarat itu juga, parti-parti dalam PN membincangkan pembentukan sebuah kerjasama politik yang kukuh bagi mewujudkan kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara

Pada 28 Nov lalu, Muhyiddin berkata sudah tiba masanya sebuah Majlis Presiden dianggotai ketua parti kerajaan dibentuk.

Kenyataan itu dibuat susulan pelbagai peringkat pimpinan UMNO sering mempertkaikan keputusan-keputusan kerajaan PN, khususnya bersabit Belanjawan 2021 yang diluluskan di Dewan Rakyat kelmarin.

Hubungan UMNO dan PPBM yang dipimpin Muhyiddin juga tegang seketika akibat krisis politik di Perak yang menyaksikan jawatan menteri besar negeri itu beralih dari PPBM kepada UMNO.

Penubuhan Majlis Presiden Kerajaan PN yang disokong oleh UMNO dilihat menyediakan platform untuk menangani permasalahan antara dua pihak itu dengan lebih berkesan.

spot_img