Sunday, April 11, 2021
Spread the love

Papan tanda Mini Stadium Ffira Mikah diturunkan

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

PADANG TERAP: Papan tanda Mini Stadium Ffira Mikah di sebuah stadium di Kuala Nerang di sini diturunkan selepas penggunaan nama yang didakwa bersempena nama pegawai daerahnya itu menerima kecaman pelbagai pihak.

KN Kiara Football Club menerusi akaun Facebooknya hari ini berkata, papan tanda tersebut diturunkan pada pukul 4 petang, semalam.

“Sehubungan itu, KN Kiara Football Club selaku penyewa stadium mini itu juga memutuskan untuk tidak menggunakan nama Ffira Mikah dalam apa-apa tujuan dan promosi.

“Buat sementara, pihak kami menyebut sebagai Stadium Mini Kuala Nerang sehingga mendapat makluman terkini daripada pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kelab berkenaan menerima sekiranya terdapat nama baharu untuk stadium itu.

“Moga nama stadium mini itu nanti lebih bercirikan kawasan Kuala Nerang dan daerah Padang Terap (sekadar cadangan),” ujarnya.

Dalam kenyataan sama, katanya, kelab bola sepak itu diberi kepercayaan menguruskan dan menyelenggara stadium tersebut mulai 1 Disember lalu.

“Stadium mini ini adalah milik PBT dan disewakan kepada pihak KN Kiara Football Club bagi tujuan menjalankan program pembangunan bola sepak akar umbi serta pelbagai aktiviti sukan bola sepak,” jelasnya.

Tambahnya, soal nama stadium dan urusan menaik taraf adalah urusan PBT.

Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap dan Majlis Daerah Padang Terap menerusi akaun Facebooknya turut berkongsi kenyataan KN Kiara Football Club berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md. Nor ketika dihubungi enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu memanjangkan isu tersebut.

Utusan Online semalam melaporkan kerajaan negeri Kedah akan meminta penjelasan daripada Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) berhubung penggunaan nama pegawai daerahnya pada sebuah stadium mini di sini.

Perkara itu tular dalam media sosial apabila didakwa menggunakan nama pegawai daerah kawasan itu secara terbalik sekali gus dipersoalkan oleh netizen.

- Advertisement -
- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -