Pangkat Tentera untuk orang politik: Mat Sabu mungkir janji

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Tak sampai seminggu masuk tahun baru, Menteri Pertahanan dah mungkir janji lagi?

Sebelum ni, bukan main tegas lagi Mohammad Sabu kata tidak akan ada lagi pangkat tentera untuk orang politik.

Habis, ini apa?

Menteri Besar Negeri Sembilan bukan orang politik ke?

Julai 2019 hari tu, Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Melaka pun dipakaikan pangkat Brigadier Jeneral (Kehormat).

Sepatutnya, kalau betul taknak bagi, berpeganglah kepada pendirian. Kenapa pula mesti ada pengecualian dan keistimewaan kepada orang yang berjawatan tertentu.

Takkanlah hanya kerana orang-orang ini ialah penaung kepada Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW), terus dibolehkan?

Hishammuddin Hussein

……….

Mat Sabu: Tiada lagi pangkat tentera untuk orang politik

Kementerian Pertahanan tidak akan meneruskan amalan memberi pangkat tentera kepada ahli politik, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Beliau berkata, ini bagi menghalang ahli politik menyalahgunakan pangkat tersebut untuk masuk ke kem tentera dan membuat kempen politik terutama ketika pilihan raya umum.

“Orang politik dianugerahkan pangkat tanpa melalui latihan tentera menimbulkan rasa tidak senang hati (di kalangan tentera). Oleh itu kita hentikan penganugerahan pangkat kepada mereka.

“Kita tidak mahu parti politik mendominasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Mereka (tentera) boleh pilih mana-mana parti, tapi jangan doktrin mereka untuk pilih parti (tertentu),” katanya ketika ucapan penggulungan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Sebaik saja dilantik mengetuai kementerian itu, penghentianamalan ini merupakan perkara utama yang dinyatakan presiden AMANAH itu.

Mohamad berkata lagi, kerajaan baru tidak boleh meneruskan amalan pentadbiran lalu yang dilihat tidak betul.

“Jika kita anugerahkan (pangkat tentera) kepada pemimpin HARAPAN, mereka guna pangkat itu untuk masuk kem dan berkempen…pihak lain yang lakukan kesilapan, jangan kita ulang kesilapan itu,” katanya.

spot_img