Pakar British, Australia maut ketika mematikan bom

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

HONIARA (PULAU SOLOMON): Dua pakar pemusnah bom dari Britain dan Australia maut dalam cubaan mereka mematikan bom tinggalan Perang Dunia Kedua.

Polis dilaporkan berkata, letupan berlaku tengah hari semalam di bandar ini dan kedua-dua mangsa terbabit meninggal dunia ketika sedang dihantar ke hospital.

Pertubuhan kebajikan Bantuan Rakyat Norway (NPA) yang mengutip pangkalan data bahan letupan tidak meletup di Pulau Solomon mengesahkan dua petugasnya maut.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Stephen ‘Luke’ Atkinson warga British dan Trent Lee rakyat Australia.

“Ini insiden yang tragik. Setakat ini kita dimaklumkan berlaku letupan yang mengakibatkan kematian.

“Keutamaan kami sekarang ialah menghulurkan bantuan kepada saudara mara dan ahli keluarga mangsa serta menjelaskan perkara sebenar,” kata NPA dalam satu kenyataan.

Pulau Solomon dikenali sebagai tapak pertempuran hebat di antara pihak Bersekutu dengan tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua.

Selepas peperangan tamat, banyak kelengkapan dan aset peperangan termasuk peluru, periuk api dan sisa letupan ditinggalkan di pulau berkenaan.

NPA bekerja dengan polis Pulau Solomon untuk membuat kaji selidik tahap bahaya bahan letupan tinggalan perang dan membangun program mengumpul letupan di seluruh kepulauan itu.

Badan kebajikan itu berkata, Pulau Solomon mempunyai tinggalan bahan letupan yang bukan saja berisiko untuk meletup, bahkan tidak musnah selepas 75 tahun selain mengandungi bahan kimia yang mencemarkan alam sekitar.

NPA turut mengesahkan aktiviti memusnahkan bom dihentikan segera buat sementara waktu bagi membolehkan siasatan rapi kejadian letupan yang ‘menggegarkan’ itu dapat dilakukan.

“Siasatan perlu disiapkan sebelum bagi mencari punca kejadian,” kata NPA.

NPA berkata, bahan letupan sering ditemui di tapak pembinaan, kawasan batu karang, ladang, hutan dan kebun pinggir bandar di pulau itu serta dijadikan mainan kanak-kanak yang menemuinya. – AFP

spot_img