Osman kekal ahli PPBM

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam perkembangan terkini, memutuskan keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian, kekal sebagai ahli parti itu.

Pengerusi Lembaga Disiplin PPBM, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, berkata pihaknya akan memanggil bekas Menteri Besar Johor itu bagi menjawab tuduhan berhubung dakwaan membantu kempen calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru-baru ini.

Penjelasan itu dibuat selepas laporan media awal hari ini, memetik Megat Najmuddin sebagai berkata, keahlian Osman terhenti secara automatik selepas didapati melanggar Perkara 10.2.3 perlembagaan parti iaitu membantu kempen parti lawan.

“Kita tidak mahu membuat keputusan tergesa-gesa kerana ia akan menyebabkan DUN Johor tergantung dan akhirnya rakyat yang terkesan. Kita kena memberi keutamaan kepada rakyat.

“Buat masa ini, kita akan memanggil Osman supaya menghadap lembaga disiplin parti dalam tempoh terdekat. Kita akan mengeluarkan surat kepada beliau dan memberinya tempoh seminggu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada PRK DUN Slim, Osman didakwa turun berkempen membantu calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang mewakili kem bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dakwaan itu berikutan penularan video memaparkan Osman dipercayai sedang berucap dalam kempen calon Bebas berkenaan di Slim.

Bagaimanapun, Osman mendakwa kehadirannya ketika itu sekadar bertemu rakan lama dan tiada kaitan dengan politik.

DUN Johor memiliki 56 kerusi dengan ketika ini Perikatan Nasional (PN) menguasai 29 kerusi dan pembangkang, 27 kerusi.

Pecahan 29 kerusi PN iaitu 14 dimiliki UMNO, PPBM (12), dua MIC dan satu PAS, manakala blok PH disumbang 14 kerusi melalui DAP, sembilan milik Parti Amanah Negara (AMANAH) dan empat PKR.

spot_img