Friday, April 16, 2021
Spread the love

Najib Sumpah Laknat Dalam Mahkamah

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Najib Razak bersumpah ketika memberi keterangan untuk menunjukkan beliau tidak tahu mengenai RM42 juta yang disalurkan ke akaunnya.

“Sebagai seorang Islam, wallahi, wabillahi, watallahi, saya tidak pernah meminta suapan dan saya tidak tahu bahawa RM42 juta disalurkan ke akaun saya pada masa itu,” katanya semasa pemeriksaan semula oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Najib menegaskan terdapat keterangan lisan dan bertulis di mahkamah bahawa tidak terdapat tawaran dan tidak disebut mengenai pertemuan berkaitan hal suapan itu.

Beliau berkata, sebarang cubaan untuk melakukan kesalahan tersebut adalah tidak masuk akal dan sesuatu yang bodoh.

“Ia tidak pernah berlaku, dan untuk mencadangkan bahawa sebagai perdana menteri saya terlibat dalam sesuatu seperti itu adalah tidak munasabah.

“Dan saya katakan, saya tidak begitu bodoh untuk meminta suapan seperti itu dan yang boleh dikesan,” kata anggota parlimen Pekan.

Najib semalam dilapor telah melafazkan sumpah sama semasa pemeriksaan balas peguam bela Farhan Read.

Farhan meminta Najib memperjelaskan penafiannya bahawa beliau mengarahkan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) SRC International CEO Nik Faisal Ariff Kamil untuk memindahkan RM42 juta ke dalam akaunnya.

Najib berdepan tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram.

Najib sebelum ini pernah melafazkan sumpah sama bagi menafikan dakwaan pembabitannya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. – Mkini

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -