Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran dan gangguan bekalan air Selangor.

Najib melalui laman Facebook sebentar tadi menyifatkan Amirudin hanya mampu mengunakan gambar sedang menghidu botol tanpa memberikan sebarang pendekatan jangka panjang bagi mengatasi masalah tersebut.

“Mir, Mir. Bau dia macam mana? Benda tu dah jadi, dia hidu. Bawa beberapa cameraman ambil gambar. ‘Up’ (muatnaik) dekat FB.

“Kata pencemaran. Jadi lagi? Ulang balik. Hidu botol, ambil gambar, up FB, haaa pencemaran. Adoi. Itu je? Mir, Mir,” bidas Najib.

Masalah tersebut turut menjadi topik perbualan hangat di laman media sosial ekoran kekerapan gangguan bekalan air di Selangor.

Ini kerana sampai sebulan, ribuan penduduk di Lembah Klang kembali mengeluh apabila sekali lagi pencemaran sungai berlaku, yang memberi kesan terhadap lebih 1 juta akaun pengguna.

“Air dekat Selangor ni dah boleh pergi jumpa ustaz kot asyik kena gangguan je..” ujar Najwa Mutalib di laman Twitter.

Sehingga kini ciapan tersebut menerima hampir 24.3 ribu tanda suka, dan 24.5 rinu ulang kicau.

Awal pagi tadi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengeluarkan arahan henti tugas di empat loji rawatan air (LRA) iaitu di LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang ekoran pencemaran di Sungai Selangor.

Berikutan itu, gangguan bekalan air tidak berjadual kembali berulang melibatkan 1,196,457 akaun pengguna di 1,292 kawasan dalam wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

BACA juga:
Gangguan bekalan air di Klang, Shah Alam mulai malam ini

Pencemaran Sungai Semenyih, 273 kawasan alami gangguan bekalan air

spot_img