Sunday, October 25, 2020

Najib Razak dedah kontrak anak-anak Dr Mahathir

PERTEMBUNGAN antara Datuk Seri Najib Razak dengan Tun Dr. Mahathir jelas semakin memuncak apabila terkini Datuk Seri Najib mendedahkan satu demi satu kontrak yang diperoleh anak-anak Tun Mahathir sewaktu Tun menjadi Perdana Menteri.

Pendedahan pertama Datuk Seri Najib ialah berkenaan Mirzan Mahathir yang membangunkan Konsortium Perkapalan pada tahun 1990-an yang kemudiannya diselamatkan (bail-out) oleh Petronas melalui MISC sewaktu krisis ekonomi pada tahun 1998.

Sumber yang dipetik Datuk Seri Najib ialah laporan Wall Street Journal (WSJ) bertajuk “MISC to Pay $220 Million Price For Assets From Mahathir’s Son”. [1]

Menurut Datuk Seri Najib, pada tahun 1996 Mirzan juga membeli Diperdana Corp daripada adik lelaki Vincent Tan iaitu Danny Tan – hanya dua tahun selepas Danny membeli syarikat tersebut.

Datuk Seri Najib merujuk sumber WSJ berikut: “Diperdana Stake Is Sold in Deal Said to Be Tied to Mahathir’s Son.” [2]

Seterusnya, Datuk Seri Najib mempersoalkan transaksi pada tahun 1997 apabila seorang lagi anak lelaki Tun Mahathir iaitu Mohzani yang menjadi pemegang saham terbesar kumpulan Hospital Pantai selepas membelinya daripada kumpulan Berjaya yang dikawal Vincent Tan. [3]

Susulan daripada pembelian tersebut, Datuk Seri Najib menyatakan bahawa konsesi FOMEMA dan juga kontrak bekalan hospital kerajaan telah dianugerahkan kepada kumpulan tersebut ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Pendedahan berikutnya Datuk Seri Najib ialah berkenaan kumpulan Kencana yang ditubuhkan oleh Mokhzani hanya setahun sebelum ia dianugerahkan lesen ‘fabrication’ (Offshore Structures)yang utama daripada Petronas pada tahun 2002. Untuk rekod, Kencana Petroleum ialah satu daripada hanya tujuh pemegang lesen tersebut di Malaysia pada waktu itu. [4]

Datuk Seri Najib juga mempersoalkan hakikat bahawa anak-anak Tun Mahathir mendapat manfaat perniagaan sebanyak berbilion dengan Petronas sewaktu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dan kemudiannya Penasihat Petronas selama 12 tahun sejak 2003.

Malah, Datuk Seri Najib turut mempersoalkan tender kontrak secara rundingan terus yang dianugerahkan kepada seorang lagi anak lelaki Tun Mahathir iaitu Mukhriz pada tahun 2003 iaitu Opcom.

Syarikat tersebut dianugerahkan kontrak bernilai RM214 juta daripada Telekom Malaysia melalui arahan langsung daripada Kementerian Kewangan (Datuk Seri Najib juga mendedahkan surat tersebut di laman FB beliau).

Kontrak ini cukup penting bagi penyenaraian Opcom kemudiannya pada tahun tersebut di mana satu lagi ‘bundle’ telah dibuat.

Tidak ketinggalan, Datuk Seri Najib turut mengkritik ketika penggal kedua Tun Mahathir sebaqgai Perdana Menteri di mana Pelan Fiber dan Rangkaian Seluruh Negara (NFCP) yang bernilai RM21.6 bilion ialah satu-satunya projek mega yang disegerakan dan diumumkan oleh Kerajaan PH dan diluluskan oleh Kabinet dalam masa yang singkat. [5]

Datuk Seri Najib turut mempersoalkan bahawa saham Opcom yang majoritinya dimiliki dua anak lelaki Tun Mahathir melonjak 50 peratus apabila projek tersebut diumumkan kerana ia adalah merupakan antara pihak yang mendapat manfaat daripadanya.

Memetik laporan The Edge Markets: “Opcom rose 18.5 sen or 41.11% to 63.5 sen. Opcom’s share price rise could be due to news that the Malaysian Cabinet had today approved the implementation of the National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP).” [6]

Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh kedua-dua pihak sama ada daripada Datuk Seri Najib Razak dan juga Tun Mahathir mengenai kontrak yang diperoleh anak-anak lawan masing-masing adalah satu perkembangan yang sihat bagi ketelusan dalam ekonomi politik negara. Akan tetapi, adalah lebih baik sekiranya kedua-dua pemimpin ini berbalas hujah dalam Bahasa Melayu bagi tujuan pemahaman rakyat awam.

Semoga ada penjelasan dan jawapan balas yang tuntas daripada Tun Mahathir terhadap setiap satu pendedahan Datuk Seri Najib Razak semalam.

[1]
https://www.wsj.com/articles/SB893957144672200500

[2]
https://www.wsj.com/articles/SB829923197507848500

[3]
http://lib.perdana.org.my/PLF/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/1996-1998/1997ko/mokhzani%20mahpital%20pantai.pdf

[4]
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157050195425952

[5]
https://www.theedgemarkets.com/article/cabinet-approves-rm216b-national-connectivity-plan

[6]
https://www.theedgemarkets.com/article/fbm-klci-cuts-losses-after-tenaga-misc-spike

Facebook Najib Razak

https://pakdin.net/opcom-yang-dikuasai-anak-menantu-mahathir-dapat-projek-rm11juta-daripada-telekom-malaysia/

https://pakdin.net/tag/opcom

https://pakdin.net/tag/vincent-tan

Berita berkaitan

Apandi heret Dr M, kerajaan ke mahkamah

Mohamed Apandi Ali memfailkan saman terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan berhubung dakwaan menamatkan perkhidmatannya sebagai...

‘Saya Tak Letak Jawatan PM’: Sudah-sudahlah mengarut Tun

BUAT kesekian kalinya Tun Dr Mahathir mendakwa bahawa beliau ‘tidak letak jawatan’ bila beliau menyebut di dalam Sidang Parlimen...

Mahathir: Di Antara Sewel Dan Gila Babi

(Harian Metro) – “Saya tidak letak jawatan. Ahli daripada kerajaan mungkin tidak faham Perlembagaan kita, apabila parti Bersatu keluar...

Laporan Polis Terhadap Tun M, LGE Dan Tommy

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Negeri Pahang telah berjaya membuat laporan polis ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir...

Berita Terkini

Malaysia not the first country to declare state of emergency over Covid-19

Malaysia will not be the first country to declare a state of emergency over the Covid-19 pandemic, with almost...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

49 lagi pekerja Proton sah dijangkiti Covid-19

Selepas lima hari seorang pekerjanya diumum positif Covid-19, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memaklumkan sebanyak 49 lagi kes...
00:00:17

[Video] Covid-19: Sembur cecair tak berkesan, doktor minta henti operasi sanitasi bandar

Operasi sanitasi bandar dengan menyembur cecair pembasmi kuman tidak berkesan menghapuskan virus Covid-19, kata seorang pengamal perubatan. Dr Amar Singh...