Wednesday, April 14, 2021
Spread the love

Najib Nafi Desak Ahli Parlimen BN Sokong Anwar

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menafikan dirinya mendesak ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Najib mesyuarat bersama ahli-ahli BN yang diadakan petang tadi adalah untuk membincangkan halatuju parti dalam krisis Covid-19 serta memberikan pandangan masing-masing.

“Cadangan pertama saya adalah untuk UMNO mendesak satu tarikh yang tetap untuk Pilihanraya Umum pada masa hadapan selepas Covid terkawal.

“Membubar parlimen untuk mengembalikan kuasa kepada Rakyat untuk memilih semula juga pilihan parti semasa PM7 letak jawatan pada bulan Februari lalu,” katanya melalui catatan di Facebook sebentar tadi.

Menurut Najib ia adalah pilihan terbaik kerana majoriti tipis yang diperolehi oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga menyebabkan politik yang tidak stabil ketika ini.

Faktor tersebut telah menyebabkan para pelabur menjadi tidak yakin kerana bimbang kerajaan PN berkemungkinan tumbang pada bila-bila masa.

“Saya juga berpendapat bahawa PM8 telah mencorak langkah yang salah untuk meminta darurat dalam usaha kekalkan kuasa dan saya bimbang bahawa permintaan dia yang ditolak YDP Agong dan Raja-raja Melayu boleh menyebabkan UMNO disalahkan pengundi.

“Cadangan kedua saya ialah jika cadangan pertama ditolak PN maka UMNO perlu terbuka kepada rundingan dengan parti-parti politik lain termasuk parti Anwar jika UMNO masih tak berpuas hati dengan layanan dalam kerajaan PN selepas apa yang berlaku di Sabah,” ujarnya lagi.

Menurut Najib pihaknya turut meletakkan syarat iaitu kerjasama yang ingin dijalankan bersama Anwar tidak boleh melibatkan parti DAP.

“Saya lihat kita boleh bekerjasama dengan Muhyiddin dan Azmin pada bulan Februari lalu walaupun pada masa itu PPBM merupakan musuh kita yang banyak mengambil ahli-ahli parlimen UMNO, kenapa kita tidak boleh runding dengan Anwar untuk bekerjasama bersyarat sehingga PRU15?

“Syarat-syarat ini termasuk membuka jalan untuk UMNO mengambil peranan dalam hala tuju kewangan dan ekonomi melihat pada masa kini PPBM memonopoli jawatan PM, Menteri kanan yang paling kanan, menteri kewangan, menteri ekonomi dan Majlis Tindakan Ekonomi tanpa sebarang wakil dari parti UMNO, PAS atau mana-mana parti lain.

“Dengan ini kita boleh merangka pelan bantuan dan rangsangan ekonomi yang lebih effektif seperti melanjutkan moratorium pinjaman serta mempercepatkan pakej bantuan khusus untuk Sabah yang amat diperlukan segera tetapi gagal dikeluarkan sejak sebulan dahulu walaupun impak kepada Sabah pada masa kini adalah amat parah,” katanya lagi.

Najib bagaimanapun menegaskan terpulang kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk menilai dan membincangkan cadangan beliau itu.

- Advertisement -
- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -