Sunday, April 11, 2021
Spread the love

Najib Mahu Dipenjarakan Sebelum Habis Membela Diri?

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Tindakan Pendakwaraya memohon kepada Mahkamah untuk mengambil tindakan ke atas Najib Razak mengikut Seksyen 145 (1) dan Seksyen 155 (c) Akta Keterangan merupakan satu langkah luar biasa dan terdesak untuk memenjarakan bekas Perdana Menteri tersebut.

Permohonan yang dilakukan pagi tadi sangat luar biasa kerana peruntukan ini lazimnya diguna oleh Pendakwaraya ke atas saksi yang berpaling tadah.

Ia juga lazimnya dipohon oleh Peguam Bela yang mempunyai maklumat kenyataan saksi kepada penyiasat mempunyai beberapa versi yang bertentangan dengan keterangan kepada mahkamah.

Sebaliknya dalam kes ini, Pendakwaraya cuba menggunakan peruntukan ini ke atas seorang tertuduh yang telah dipanggil bela diri.

Tertuduh yang telah dipanggil membela diri berhak mempertahankan dirinya dengan apa cara sekali pun untuk diadili oleh Hakim.

Apa yang Najib Razak minta hanyalah mendapatkan pakar tulisan tangan bagi meneliti tandatangan yang dirujuk pada dokumen penting SRC sama ada tulen ada tidak.

Mengapa Pendakwaraya begitu cemas dan takut sekali dengan permohonan ini?

Jika keterangan Najib Razak berbeza dari keterangan kepada SPRM dan tandatangan tersebut adalah tulen, maka tiada apa yang patut pasukan pendakwaraya bimbangkan.

Apabila pendakwaraya melakukan tindakan terdesak seperti ini maka orang awam akan tertanya-tanya apakah ada sesutu yang mahu ditutup oleh pasukan pendakwaraya dan SPRM?

Bukankah Pendakwaraya sepatutnya sebahagian dari pasukan mencari keadilan bukannya meraih kemenangan semata-mata?

Tampak dalam kes SRC ini kemenangan lebih penting dari mencari keadilan.

Ab Jalil Backer

……………
Keputusan Hakim:

Secara ringkasnya kes SRC hari ini, pihak pembelaan berjaya mematahkan hujah pihak pendakwaraya yang diketuai DPP Sithambaram untuk memohon impeachment terhadap DS Najib Razak.

Hakim, YA Mohd Nazlan memutuskan kenyataan DS Najib ketika soal jawab bersama SPRM tidak bercanggah dengan kenyataan beliau pagi ini ketika disoal balas oleh pihak pendakwaan. Menurut Nazlan lagi, Najib telah memberi penjelasan sewajarnya mengenai jawapan beliau.

Seperti yang ditekankan sebelum ini, Najib sentiasa konsisten dengan jawapan beliau sehingga Sithambaram menyebut jawapan Najib sebagai “mantra” kerana pihak DPP masih gagal memerangkap beliau sehingga kini.

Prosiding bersambung esok.

- Advertisement -

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -