Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai.

Najib berkata manifesto Warisan pada pilihan raya umum ke-14 tidak ditunaikan.

“Warisan janji ketua menteri tak boleh pegang menteri kewangan tapi terus melantik sendiri sebagai menteri kewangan sebulan selepas jadi ketua menteri,” katanya di Facebook hari ini.

“Warisan janji akan hadkan jawatan ketua menteri untuk 2 penggal. Janji ini langsung tak ditunaikan malah had tempoh 2 penggal Yang di-Pertua sedia ada pula dimansuhkan Warisan,” tambahnya.

Najib juga menarik perhatian kepada janji akan kembalikan royalti minyak 20% dan 50% cukai.

“Di mananya?” soalnya.

Antara lain yang disentuh bekas presiden Umno itu adalah janji 33% peruntukan pembangunan daripada belanjawan tahunan kerajaan persekutuan akan diberi kepada Sabah dan Sarawak, “tetapi yang dapat cuma 17.1% sahaja”; dan penerusan projek empangan yang dijanji akan dibatalkan.

“Projek diteruskan selepas dijenamakan semula menjadi empangan Papar,” katanya.

Najib juga mendakwa pertumbuhan ekonomi Sabah daripada “paling tinggi bawah Barisan Nasiona” bertukar ke “paling corot antara semua negeri” untuk 2 tahun berturut-turut.

Terdahulu, Shafie ketika diminta mengulas manifesto yang bakal diumumkan GRS hari ini dilapor berkata manifesto hanya akan kekal manifesto jika tiada pelaksanaan.

Katanya, manifesto Warisan sebenarnya hanya visi dan misi untuk melaksanakan apa yang ia lakukan sebelum ini.

Najib sempat mencabar pemimpin PH untuk menafikan senarainya itu.

“Geng ‘manifesto bukan kitab suci’ ada hati mempertikaikan manifesto PN?” katanya.


Hantaran di Facebook Najib Razak:

Wow! Geng “manifesto bukan kitab suci” ada hati mempertikaikan manifesto PN?

Jangan sebut manifesto Harapan pusat yang banyak kencing, manifesto PH-Warisan PRU14 khusus bagi Sabah pun dikelentongkan berkali-kali.

Warisan janji Ketua Menteri Sabah tak boleh pegang Menteri Kewangan tapi terus melantik sendiri sebagai menteri Kewangan Sabah sebulan selepas jadi Ketua Menteri
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/masa-akan-buktikan-pengkritik-adalah-salah-mohd-shafie-176181

Warisan janji akan hadkan jawatan ketua menteri untuk dua penggal. Janji ini langsung tak ditunaikan malah had tempoh dua penggal TYT sedia ada pula dimansuhkan Warisan.
https://www.sinarharian.com.my/article/2489/BERITA/Nasional/TYT-Sabah-boleh-berkhidmat-lebih-dua-penggal

Warisan janji akan kembalikan royalti minyak 20% dan 50% cukai. Di mananya?
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/20-peratus-royalti-minyak-boleh-bunuh-petronas-tun-m-185807

Warisan janji 33% peruntukkan pembangunan bajet tahunan kerajaan PH akan diberi kepada Sabah dan Sarawak tapi yang dapat cuma 17.1% sahaja.
https://dayakdaily.com/belanjawan-2020-cuma-sedap-didengar-kata-fadillah/

Warisan janji akan naikkan pembangunan ekonomi Sabah dan menjana banyak peluang pekerjaan tapi yang warga Sabah dapat pula ialah pertumbuhan ekonomi Sabah tukar dari paling tinggi bawah BN ke paling corot antara semua negari untuk dua tahun berturut-turut. Lebih ramai warga Sabah yang hilang kerja.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/09/ekonomi-sabah-akan-terus-merosot-jika-warisan-menang-kata-pemimpin-pbs/

Warisan janji akan batalkan projek empangan Kaiduan jika menang tapi projek diteruskan selepas dijenamakan semula menjadi empangan Papar.
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/07/582503/empangan-papar-akan-terus-dibina

Warisan janji “Sabah untuk Sabahan” dan kerajaan bersih tanpa rausah tapi projek terbesar Sabah bernilai RM3 bilion diberi secara rundingan terus kepada syarikat semenanjung Malaysia berkait terowong Pulau Pinang bersama syarikat tanpa satu sen pendapatan yang dimiliki anaka muda berumur 26 tahun sahaja.
https://mykmu.net/2020/08/04/syarikat-tanpa-1-sen-pendapatan-dapat-projek-empangan-papar-rm3billion/

Bila ditanya, Warisan terus diam. Buat tak nampak bukti surat-surat kerajaan Sabah sendiri.

Warisan janji akan hormatkan Rule of Law dan berintegriti tapi Menteri Infrastruktur Warisan Sabah yang banyak memberi projek secara rundingan terus didakwa dalam mahkamah untuk rasuah berkali-kali tapi tidak disuruh letak jawatan pula.
https://www.theborneopost.com/2020/06/19/peter-need-not-go-on-leave-cm/

Lalu langgar perlembagaan dan undang-undang untuk melantik pemimpin Warisan sendiri yang pernah direman kes songlap Air Sabah menjadi ketua Air Sabah.
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/10/615726/pelantikan-pengarah-jans-tidak-ikut-undang-undang

Siapa dari PH nak nafi ini?

https://web.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10157360849425952/?type=3&__xts__

spot_img