MN: Pas enggan layan kumpulan tertentu dalam UMNO

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Pas tidak ambil kisah tentang kenyataan-kenyataan yang dilontarkan pemimpin atau kumpulan tertentu dalam UMNO berkenaan masa depan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN).

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama antara Pas dan UMNO melalui wadah Piagam MN adalah berdasarkan sifat kepartian dan bukannya berasaskan kumpulan-kumpulan tertentu.

Beliau berkata, sebarang keputusan berhubung hala tuju dan kerjasama politik dibuat serta dibincangkan dengan kepemimpinan rasmi UMNO.

“Pas mengadakan kerjasama dengan UMNO dalam MN atas sifat parti, bukan kumpulan-kumpulan. Sebab itu kita tak perlu mengambil kira kumpulan-kumpulan. Pertemuan yang kita buat adalah pimpinan yang rasmi dalam UMNO, kumpulan kita tak terima,” katanya ketika menjawab soalan yang diajukan pengamal media ketika sesi dialog di Pejabat Agung Pas Pusat di sini hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya berkenaan dakwaan terbaharu melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah memperoleh 113 sokongan ahli Parlimen, Abdul Hadi menegaskan, Pas sedang menunggu perkhabaran yang sebenar sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya rasa ini bukan kali pertama beliau membuat berita seperti itu. Kita perlu menunggu berita yang sebenar, kita tak perlu terkapai-kapai membuat keputusan sebelum tahu hakikat yang sebenar,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai hasrat Parti Warisan Sabah (Warisan) yang mahu melebarkan sayapnya ke Semenanjung, Ahli Parlimen Marang itu mengalu-alukan perkara itu kerana setiap parti politik yang berdaftar berhak berbuat demikian.

“Malaysia sebuah negara demokrasi, Warisan sudah didaftarkan sebagai parti politik dan dia berhak tubuh cawangan di mana-mana sahaja. Tak boleh halang dia nak tubuh cawangan di manapun,” jelasnya.

spot_img