Wednesday, April 14, 2021
Spread the love

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seperti mana PRU14.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan bagaimanapun berkata, parti itu bersedia untuk bertukar kerusi dengan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya ia dilihat lebih berpotensi untuk memberi kemenangan.

“Kita sudah berbincang di peringkat BN dan permintaan MIC telah disampaikan kepada pucuk pimpinan BN. Mereka sedang kaji dan memperhalusinya.

“Kita akan kekal dengan sembilan kerusi yang kita bertanding sebelum ini. Pada masa sama, kita sedia dan rela bertukar mana-mana kerusi yang dilihat beri peluang cerah kepada parti komponen lain dalam BN untuk menang,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Penjana Kerjaya Kementerian Sumber Manusia Negeri Sembilan di Palm Mall di sini hari ini.

Saravanan berkata demikian menjawab soalan pemberita berkenaan pendirian MIC berhubung pembahagian kerusi pada PRU15.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata, MIC bersikap terbuka dalam soal itu selagi ia dapat memberi kemenangan kepada BN.

Beliau berkata, perbincangan mengenai pembahagian kerusi dalam BN setakat ini juga adalah baik, namun perlu melalui satu peringkat lagi iaitu perbincangan dengan gabungan Perikatan Nasional (PN).

Pada PRU14, MIC bertanding di sembilan kerusi Parlimen iaitu Sungai Siput dan Tapah di Perak; Sungai Buloh, Hulu Selangor, Kapar dan Kota Raja (Selangor), Port Dickson (Negeri Sembilan), Segamat (Johor) dan Cameron Highlands (Pahang).

Parti itu hanya memenangi dua kerusi iaitu Parlimen Tapah dan Cameron Highlands.

Bagaimanapun, Mahkamah Pilihan Raya memutuskan kemenangan BN di kerusi Parlimen Cameron Highlands tidak sah dan terbatal selepas terbukti wujud amalan rasuah.

Kerusi Cameron Highlands kemudian diberikan kepada UMNO untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil pada tahun lalu yang menyaksikan BN menerusi wakilnya, Ramli Mohd Nor berjaya mempertahankan kerusi berkenaan.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -