Wednesday, January 20, 2021
Spread the love

Menteri Pengajian Tinggi Mohon Maaf, Pelajar Yang Dah Sampai Boleh Kekal Di IPT

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Anak-anak yang terkesan dengan arahan yag berubah saat akhir urusan pendaftaran IPT harus faham, kita dalam pandemic Civid-19, situasi semasa pandemic yang tak menentu maka keputusan juga perlu dibuat mengikut situasi semasa dan bersandarkan nasihat pihak yang terlibat dalam menangani pandemic.

Beri peluang kepada Menteri untuk mencari penyelesaian terbaik untuk semua. InsyaAllah akan ada jalan penyelesaian terbaik.

………….
Kenyataan media Dato Dr Noraini Ahmad

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pelajar yang saya kasihi.

Sejajar dengan dasar kerajaan memberi autonomi kepada pengurusan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi mencadangkan pendaftaran pelajar baharu dan lama di semua IPT ditangguhkan serta merta. Cadangan dibuat susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 sejak beberapa hari lalu.

Peningkatan kes berkenaan adalah di luar jangka. Kementerian telah berbincang terlebih dahulu dengan semua pihak pengurusan IPT termasuklah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai agensi utama dalam pengurusan hal ehwal penularan pandemik.

Saya mengambil maklum rintihan dan keluhan pelajar serta ahli keluarga mereka susulan keputusan pihak IPT menangguhkan pendaftaran fizikal. Saya berharap pihak IPT dapat bersikap wajar, bertimbang rasa dan munasabah dalam menguruskan segala hal yang berbangkit berhubung penangguhan ini.

Kepada pelajar yang sudah tiba, boleh terus kekal di kampus dan nantikan arahan seterusnya oleh pihak Universiti. Kepada pelajar yang masih lagi di kediaman atau kampung halaman masing-masing, saya mohon untuk tangguhkan dulu seketika pergerakan untuk pulang ke Universiti.

Akhir sekali, saya ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan berharap kita dapat bersama-sama membendung penularan wabak Covid19 ini.

Dato’ Dr Noraini Ahmad
Menteri Pengajian Tinggi

- Advertisement -
- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -