Mengapa Sarawak Report tak kaitkan kematian pengerusi CCCC dengan Guan Eng? Tanya Najib

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Sarawak Report ini semakin menggila.

Mereka pernah fitnah saya dengan cerita kematian Kevin Morais dan pengasas Ambank.

Masa itu, ramai percaya kerana cerita itu juga dijaja orang PH termasuk Uncle Kit Siang.

Kini, Sarawak Report cuba kaitkan kematian seorang ahli perniagaan China dengan saya sebab ahli perniagaan ini pernah jadi pengerusi CCCC dari tahun 2014 hingga 2018 dan seterusnya menjadi pengerusi CRCC dari tahun 2018 sehingga beliau meninggal dunia hanya kerana syarikat CCCC pernah dilantik oleh kerajaan BN sebagai kontraktor untuk projek ECRL

(Selepas PRU14, kerajaan PH bukan sahaja kekalkan kontraktor ini. Malah PH menawar tanah kepada syarikat ini untuk projek hartanah dan pemilikan 50% saham dalam syarikat operasi ECRL).

Kenapa nak kaitkan kematian dia dengan saya?

Untuk makluman Sarawak Report, CCCC juga dilantik sebagai kontraktor penambakan laut bernilai berbilion-bilion di persiaran Gurney, yang kemudiannya akan serah sebahagian tanah kepada syarikat terowong Pulau Pinang untuk projek kondo mewah.

“China firm wins RM2.3bil Penang reclamation contract”
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2015/10/28/china-firm-wins-rm2bil-penang-reclamation-contract/

CRCC juga pernah dilantik kontraktor untuk projek terowong ajaib itu.

“CRCC is a contractor of Penang undersea tunnel project, Guan Eng retorts”
https://www.thesundaily.my/archive/crcc-contractor-penang-undersea-tunnel-project-guan-eng-retorts-DUARCH524322

Lagipun, ahli perniagaan tersebut dipercayai membunuh diri pada 18 Ogos 2020 – iaitu seminggu selepas Guan Eng didakwa dalam mahkamah di atas rasuah projek terowong.

Kenapa Sarawak Report tak kaitkan kematian dia dengan Guan Eng pulak?

Posting SR:
https://www.facebook.com/sarawakreport/posts/3857957224231052

Facebook Najib Razak
https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157340624285952/

spot_img