Mayat pelajar UiTM lemas ditemui

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

KUALA TERENGGANU – Mayat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering, Tengku Mohd Afiq Tengku Muhazan, 20, yang dikhuatiri lemas di Pantai Pandak, di sini ditemui pada 6.25 petang tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Bomba Terengganu, Mohd Mazimi Mohamad berkata mayat mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian pada jarak satu kilometer daripada Pos Kawalan Bomba (PKB) oleh pasukan penyelamat yang menggunakan ski jet.

“Mangsa ditemui terapung berdekatan benteng pemecah ombak tidak jauh daripada lokasi mangsa pertama iaitu rakannya, Mohd Nor Hishamudin Bot Saidi, 21, ditemui malam tadi.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke hospital bagi tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang semalam sekumpulan 15 penuntut universiti itu mandi-manda di pantai tersebut dan akhirnya bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas manakala seorang lagi hilang berikutan ombak kuat.

— BERNAMA

spot_img