Mat Sabu berbangga dengan Pangkalan Laut inisiatif BN – Hishammuddin

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Baru ni Mat Sabu dengan bangganya bawa Menteri Pertahanan Kedua Brunei lawat Pangkalan Laut (PL) Tun Sharifah Rodziah, salah satu inisiatif Kerajaan BN yang diwujudkan sewaktu saya Menteri Pertahanan.

PL ini merupakan yang pertama seumpamanya di dunia pada masa itu dan dikagumi banyak negara. Kita bukan hanya ada satu tetapi dua. Satu lagi ialah PL Tun Azizan. Kedua-duanya diwujudkan demi memelihara keselamatan Sabah.

Tapi sekarang, Mat Sabu bukan sahaja tidak pernah umum apa-apa untuk perkasakan lagi kedua-dua PL. Malah, tiada langsung perancangan untuk bina lebih banyak PL seumpamanya di lokasi lain perairan negara. Padahal, dalam temubual bersama CNN Indonesia, Mat Sabu sendiri akui, ancaman keselamatan serantau makin mencabar.

Logiknya, kalau makin mencabar, mestilah negara perlukan lebih banyak inisiatif keselamatan baru dan berimpak tinggi kan?

spot_img