Majlis Presiden PH perlu desak Mahathir letak jawatan pada Mei ini untuk negara bergerak kehadapan

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Majlis Presiden PH Jumaat ini perlu meminta Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sekarang bukan selepas APEC 2020.

Tindakan umum akan meletak jawatan pada Disember ini menyebabkan keadaan politik negara tidak stabil.

Pelabur dan usahawan berada dalam ketidakpastian hala tuju negara pada tahun hadapan dengan Perdana Menteri baru dari parti lain.

Kakitangan kerajaan juga berada dalam keadaan keliru sama ada untuk merangka polisi masa depan mengikut sudut pandang kepimpinan hari ini atau menunggu barisan kepimpinan baru pada 2021.

PH tidak sama seperi BN sebelum PRU-2018. BN telah mempunyai struktur politik yang mapan dan kestabilan ikatan parti-parti komponen. Ini membolehkan sebarang perubahan kepimpinan berlaku secara natural dan tidak menjejaskan hala tuju pentadbiran negara.

Sebaliknya stuktur politik PH sangat longgar dan parti-parti komponennya tidak berkongsi idealogi politik yang sama. Mereka hanya berkongsi jumlah kerusi Parlimen untuk mendapat kuasa.

Justeru penggantian jawatan Perdana Menteri dari Bersatu kepada PKR pasti membawa perubahan kepada polisi dan hala tuju negara. Kedua-dua parti mempunyai ideologi politik yang berlainan.

Dari segi ekonomi dan polisi negara, Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim juga diketahui mempunyai pemikiran yang berbeza. Mereka telah bergaduh dan berbeza pendapat sejak 1997.

Maka usahlah ditangguh-tangguh lagi peralihan kuasa. Laksanakan secepat mungkin supaya negara boleh bergerak ke hadapan.

Oleh Ab Jalil Backer

Kalau bukan Anwar maka gantilah dengan orang lain; atau buatlah keputusan kekal sehingga habis penggal.

spot_img