Mahathir guna SPRM ugut Adun BN Sabah selepas PRU14 – Najib

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

PM4/7 bukan sahaja anggap Melayu malas tapi dia juga percaya Melayu dan semua Rakyat Malaysia bodoh dan mudah lupa.

Banyak pembohongan sekali lagi dalam posting terbaru dia.

Dia kata Warisan menang Sabah di PRU14 tahun 2018. Lalu kerajaan Warisan terpaksa bubar DUN Sabah dan adakan PRN yang menyebabkan kes Covid di Sabah meningkat naik sebab PN/BN nak rampas kuasa dari Warisan melalui pintu belakang.

Ini satu pembohongan amat jelas.

Warisan tak menang Sabah di PRU14.

Yang membentuk kerajaan ialah BN dan Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.

Lalu Tun Mahathir gunakan SPRM untuk ugut ADUN-ADUN kerajaan BN Sabah kononnya mereka dibayar wang untuk sokong Musa Aman.

“The MACC probe comes after Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad vowed to investigate any element of corruption over the party hopping in the state assemblies.’
“23 May 2018: MACC investigating ‘RM20mil for Jeffrey’ claims”
www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/23/macc-investigating-rm20mil-for-jeffrey-claims

Rumah digeladah, wakil Rakyat disoal siasat berhari-hari. Namun satu celah bukti pun tidak dapat dicari untuk menyokong tuduhan TUn Mahathir..

Lalu parti UPKO yang bertanding atas tiket BN melompat ke Warisan untuk menjatuhkan kerajaan BN Sabah.

“UPKO umum keluar BN, wujud kerajaan campuran dengan Warisan”
www.astroawani.com/berita-politik/upko-umum-keluar-bn-wujud-kerajaan-campuran-dengan-warisan-175096

(UPKO telah dihukum warga Sabah sebab melompat pada PRN lalu setelah mereka kalah 6 daripada 7 kerusi yang ditanding. Presiden UPKO sendiri pun kalah)

Yang PM4/7 sebut kerajaan pintu belakang sebenarnya ialah kerajaan Warisan Sabah.

Musa Aman tidak dibenarkan berjumpa dengan TYT Sabah dan digugurkan jawatan untuk membenarkan Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri dengan cara yang melanggar perlembagaan.

Ini telah disahkan mahkamah.

“4 Sep 2020: TYT exceeded powers in sacking Musa; case not academic”
www.dailyexpress.com.my/news/157867/tyt-exceeded-powers-in-sacking-musa-case-not-academic

Selepas beberapa ADUN hilang kepercayaan terhadap kerajaan Warisan dan Shafie hilang sokongan majoriti kepada Musa Aman.

Kerajaan Warisan pun tumbang tapi Shafie kata dia sanggup mati daripada serah kembali kuasa sebagaimana dia rampas kuasa melalui pintu belakang selepas PRU14.

Sebab dia sendiri kata dia sanggup mati maka dia bubarkan DUN untuk mengadakan PRN Sabah.

Keputusan Shafie bubar DUN juga disokong penuh oleh majlis presiden PH.
“30 Julai 2020: Majlis Presiden PH sokong Shafie bubar DUN Sabah”
www.astroawani.com/berita-politik/musa-aman-tolak-keputusan-bubar-dun-kerana-bahayakan-nyawa-rakyat-sabah-253337

Masa itu, Najib bantah DUN dibubar untuk PRN. Bidas Shafie rakus kuasa. Musa Aman juga tolak PRN

“30 Julai 2020: Musa Aman tolak keputusan bubar DUN kerana bahayakan nyawa rakyat Sabah”
www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/730343/mahkamah-persekutuan-tolak-permohonan-tangguh-prn-sabah

Musa Aman bersama 32 ADUN Sabah juga 3 kali mohon mahkamah untuk batalkan keputusan bubar DUN tapi kalah 3 kali.

“11 Sep 2020: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan tangguh PRN Sabah”
www.sinarharian.com.my/article/102513/Pilihan-Raya/PRN-Sabah/Mohd-Shafie-mohon-maaf-adakan-PRN-ketika-Covid-19

Perlu juga dinyatakan bahawa kerajaan negeri pernah tukar tangan 5 kali selepas PRU14 iaitu Sabah pada tahun 2018 dan Johor, Melaka, Perak dan Kedah pada tahun 2020.

Tapi sekali pun DUN tidak dibubar dan PRN diadakan dalam kelima-lima kali ini.
Hanya Shafie sahaja yang bubarkan DUN untuk adakan PRN.

Sebab itu, Shafie bukan TERPAKSA bubar tetapi dia sanggup mati dan membahayakan nyawa warga Sabah untuk kekalkan kuasa dia.

Sebab itu, Shafie mohon maaf kepada warga Sabah kerana membubarkan DUN pada ketika kes Covid mula meningkat di sana.

“24 Sept 2020: Mohd Shafie mohon maaf adakan PRN ketika Covid-19”
www.sinarharian.com.my/article/102513/Pilihan-Raya/PRN-Sabah/Mohd-Shafie-mohon-maaf-adakan-PRN-ketika-Covid-19

Ini ialah fakta sejarah yang tak dapat dinafikan.

Tun M jangan cuba nak bohong Rakyat lagi untuk salahkan PN-BN.

Kamu watak utama yang salah gunakan kuasa untuk tumbangkan kerajaan BN Sabah selepas PRU14.

Posting PM4/PM7: https://www.facebook.com/TunDrMahathir/posts/10157763013748652

spot_img