Lokman sedang menyeret UMNO dan Najib jatuh ke gaung

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Tindakan Lokman Nor Adam membuat video mencari sokong kepada DS Najib menjadi Perdana Menteri semula adalah satu usaha menggugat kestabilan parti dan mencemar imej DS Najib Razak.

Ketika nama DSNR kini sedang harum kerana membawa isu rakyat tanpa mempunyai kepentingan peribadi, tidak semena-mena beliau diheret dalam konflik kepimpinan BN oleh orang sekeliling beliau seperti Lokman Nor Adam.

Apa tujuan Lokman membuat video mencari sokongan sedemikian ketika parti berhadapan PRK Kimanis?

Adakah ia bertujuan merendahkan kedudukan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden yang berada dalam hirarki kepimpinan UMNO?

Tindakan Lokman akan menyebabkan perbalahan dan pertikaian dalaman dan akan menjejaskan reputasi DSNR.

Ketika ini ahli UMNO memberi sokongan penuh kepada DSNR kerana jasa dan sumbangan beliau kepada rakyat, parti dan negara.

Mengheret DSNR ke dalam konflik perebutan kuasa parti akan menyebabkan sokongan kepada DSNR akan terpecah. Pasti selepas ini akan ada serangan dari dalam parti pula ke atas DSNR.

Walaupun Lokman melaungkan kesetiaan kepada DSNR dan UMNO, ia sebenarnya sedang menyeret kedua-duanya jatuh ke dalam gaung.

Mungkin betul kata Rafi Awg Kechik, Lokman ini mencari jalan supaya dipecat agar dia dapat menjauhkan diri dari DSNR.

Mungkin betul juga tulisan Abas Saad bahawa Lokman ini bekerja ke arah menguntungkan Anwar Ibrahim.

DSNR harus berhenti mendengar nasihat orang politik yang tidak berapa cerdik ini.

Maaf jika saya kasar. Jika Lokman cerdik beliau tentu tahu bahawa DSNR telah dipanggil membela diri. Paling lewat Mac nanti sudah ada keputusan Mahkamah.

Saya berjumpa ramai orang, mereka percaya DSNR akan didapati bersalah walau apa pun fakta.

Saya tidak kata DSNR bersalah, saya kata beliau akan didapati bersalah.

Jadi celah mana DSNR boleh bertanding dalam pemilihan UMNO atau PRU akan datang?

Apabila didapati bersalah, anda sudah tidak boleh bertanding dan memegang apa-apa jawatan dalam
organisasi politik.

Jawatan Ahli Parlimen sedia ada kekal sehingga keputusan akhir Mahkamah Persekutuan.

Jika Lokman benar-benar mahu DSNR kembali beliau tidak akan bergaduh dengan semua pemimpin UMNO.

Beliau sepatutnya bekerjasama memastikan UMNO kembali berkuasa. Hanya dengan cara itu DSNR boleh mendapat pengampunan.

Saya penyokong DSNR. Namun jika kita sayang DSNR, jangan kita seret beliau dalam konflik seperti ini dan menyebabkan imej beliau tercemar lagi.

Malangnya, seperti yang saya sebut beberapa kali sebelum ini, Lokman tidak bekerja untuk UMNO. Ia ‘disservice’ kepada UMNO.

Oleh Ab Jalil Backer

spot_img