Lelaki hina agama Islam, ulama ditahan polis

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki membuat kenyataan jelek dan menghina beberapa tokoh agama dan pemimpin negara, menerusi video di Facebook atas nama Farhan Hazard, berakhir dengan dia ditahan polis, awal pagi tadi.

Lelaki berusia 38 tahun itu tinggal di Kampung Wakaf Baru, Jalan Gong Badak dekat sini, ditahan di rumahnya jam 1 pagi.

Suspek ditahan polis susulan laporan dibuat seorang peniaga dari Kampung Durian Burong di sini, selepas melihat video berkenaan viral sejak 5 petang kelmarin.

[ads_color_box color_background=”#eee” color_text=”#ff0000″]Susulan tangkapan itu, polis turut merampas satu telefon bimbit jenama Vivo dan ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.[/ads_color_box]

Menerusi video berdurasi sembilan minit empat saat itu, suspek membuat kenyataan jelek dan menghina Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, agama Islam dan orang Melayu.

Suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 292/504 Kanun Kesiksaan (KK) dan Seksyen 233 KK.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Kuala Terengganu, Norina Maludin, membenarkan suspek direman selama dua hari bermula hari ini.

spot_img