Lebih 200 anti Zuraida hadir di pejabat PKR

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Sewaktu Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin mahu menyerahkan jawapan Notis Tunjuk Sebab kepada Lembaga Disiplin, lebih 200 penyokong anti beliau hadir di perkarangan ibu pejabat PKR, hari ini.

Mereka yang rata-rata memakai t-shirt berwarna biru muda parti mahu PKR memecat Zuraida.

Antara sepanduk yang dibawa tertulis ‘MPP pecat Zuraida’, ‘Satu suara pecat Zuraida’, dan juga ‘Undur Mak Lampir,” tulis mereka.

Malah laungan demi laungan mahu Zuraida dipecat juga dilaungkan.

“Kami mahu Zuraida dipecat, parti perlu pecat Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali), dan geng Kartel,” laung salah seorang daripada peserta itu.

Ibu pejabat PKR hari ini dilihat dikawal beberapa pegawai polis dan turut diletakkan pita pelekat garisan kuning polis bagi mengawal keadaan.

spot_img