Lapangan terbang Betong bantu pulih ekonomi penduduk di Selatan Thailand

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

YALA – Keamanan di tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Narathiwat, Yala dan Pattani, yang 80 peratus penduduknya beragama Islam hanya boleh dikecapi melalui kemajuan ekonomi sebagaimana dirancang oleh Pusat Pentadbiran Sempadan Wilayah Selatan, (SBPAC)

Kerajaan yang berpusat di Bangkok, menggalakkan pendekatan ekonomi bagi menyelesaikan masalah dan membangunkan wilayah sempadan selatan itu bagi meningkatkan kualiti hidup dan mewujudkan keamanan berkekalan.

Bangkok sudah merangka pelan tindakan ekonomi di tiga wilayah di selatan termasuk di Yala menerusi pelan enam tahun sehingga 2022 yang antara lain akan memajukan Narathiwat, Yala dan Pattani berasaskan sosioekonomi masing-masing.

Sebagai contoh Nong Chik di Pattani dibangunkan sebagai bandar raya model bagi industri pertanian bercampur yang moden manakala, Betong di Yala pula dibangunkan sebagai bandar raya tenaga mampan yang mampu berdikari.

Dalam tersebut, dengan adanya lapangan terbang antarabangsa Betong, kerajaan menaruh harapan tinggi supaya ekonomi di situ akan kembali rancak apabila keamanan dapat kembali dipulihkan.

Selain itu, akan dijangkakan berlaku limpahan ekonomi setempat selepas beroperasinya lapangan terbang tersebut pada Jun nanti.

Pengarah Lapangan Terbang Antarabangsa Betong, Prajuab Nathong berkata, Lapangan Terbang Antarabangsa Betong itu mempunyai landasan sepanjang 1.8 kilometer, apron dan terminal lapangan terbang dan 20,587 penumpang dijangka melaluinya setiap tahun selepas mula beroperasi pada pertengahan ini.

Katanya, kos pembiayaan lapangan terbang itu menggunnakan perbelanjaan sebanyak 190 bilion Baht, yang diluluskan peruntukannya daripada belanjawan tahun fiskal 2016-2018 lalu.

Tambah beliau, buat permulaan apabila beroperasi kelak, laluan pesawat merangkumi domestik antara Betong-Haadyai; Betong-Phuket dan Betong-Koh Sa Mui.

“Dengan adanya Lapangan Terbang Antarabangsa Betong ini nanti, ia akan membangunkan ekonomi di Yala.

“Malah, ia juga akan menjadikan mereka daripada kawasan berjiran turut sama datang ke Betong. Ini menjadikan mereka yang mahu menjalankan perniagaan misalnya, mereka boleh datang ke Betong, Yala,” katanya dalam satu temubual yang diadakan di sini semalam.

Bagaimanapun kata Prajuab, laluan akan diperluaskan dengan melihat kepada permintaan dan sambutan terhadap penggunaan lapangan terbang itu nanti.

Betong, merupakan daerah negara jiran paling hampir dengan Perak yang letaknya hanya 15 kilometer dari Pengkalan Hulu dengan perjalanan menggunakan kereta mengambil masa sekitar 20 minit sahaja.

Lebih 7,000 orang mati sejak 16 tahun lepas ekoran pergolakan dan pemberontakan di tiga wilayah di selatan Thailand, sekaligus menjauhkan pelancong memasuki Narathiwat, Yala dan Pattani.

Ketidakadilan pembahagian sumber dan pembangunan ekonomi dikatakan menjadi punca segelintir penduduk di selatan marah kepada kerajaan selepas didakwa melakukan keganasan untuk tujuan menegur secara halus pihak pemerintah.

Sebagai memberi reaksi balas kepada kesan kemarahan itu, kerajaan Thailand pula menawarkan jalan pembangunan ekonomi dengan harapan rasa tidak puas hati tersebut boleh lenyap sekaligus mengembalikan keamanan di tiga daerah yang berhampiran dengan Malaysia itu. – MalaysiaGazette

 

spot_img