Sunday, October 25, 2020

Lagi lelaki bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang

SEORANG lelaki dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang, Georgetown, di Kilometer 2.2 jambatan itu, malam ini.

Mangsa berusia 24 tahun dikatakan memberhentikan kereta Perodua Bezza dipandunya di laluan kecemasan sebelum terjun dari jambatan berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dalam kenyataannya, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.36 berhubung insiden terbabit.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Ketika tiba didapati kenderaan dinaiki mangsa enjinnya masih hidup, manakala telefon bimbit mangsa ditemui di tepi jalan jambatan itu,” katanya dalam kenyataan itu, hari ini.

Insiden itu adalah kejadian kedua membabitkan kes bunuh diri yang direkodkan di jambatan terbabit minggu ini.

Kejadian pertama pada Selasa lalu membabitkan lelaki berusia 54 tahun.

Berita berkaitan

Bomba ‘selamatkan’ lelaki cuba pecah masuk bangunan

SEORANG lelaki yang disangka mahu membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan, rupa-rupanya adalah pencuri. Sangkaan itu membuatkan pihak polis menghubungi...

Lelaki gantung diri selepas tikam isteri, bapa mentua

Akibat berselisih faham, seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung selepas menikam isteri dan bapa mentuanya dalam kejadian di...

Laporan: Pesakit disyaki dijangkiti Covid-19 bunuh diri

Seorang pesakit yang disyaki dijangkiti Covid-19 dilaporkan membunuh diri selepas dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Serdang, menurut satu...

69 peratus undi Instagram suruh bunuh diri, remaja perempuan maut terjun bangunan

"Sebanyak 69 peratus rakan instagram mangsa menyokong hasratnya untuk mati menerusi kotak undi yang dimuat naik sekitar jam 3 petang semalam.

Berita Terkini

Malaysia not the first country to declare state of emergency over Covid-19

Malaysia will not be the first country to declare a state of emergency over the Covid-19 pandemic, with almost...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

49 lagi pekerja Proton sah dijangkiti Covid-19

Selepas lima hari seorang pekerjanya diumum positif Covid-19, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memaklumkan sebanyak 49 lagi kes...
00:00:17

[Video] Covid-19: Sembur cecair tak berkesan, doktor minta henti operasi sanitasi bandar

Operasi sanitasi bandar dengan menyembur cecair pembasmi kuman tidak berkesan menghapuskan virus Covid-19, kata seorang pengamal perubatan. Dr Amar Singh...