Sunday, October 25, 2020

Kotak hitam pesawat Air India sudah ditemui

KERALA – Kotak hitam milik pesawat malang Air India Express yang tergelincir di landasan lapangan terbang Kozhikode, dekat sini telah ditemui.

Kemalangan itu mengorbankan 18 orang penumpang.

Pesawat yang tiba dari Dubai itu tergelincir di landasan semasa cuaca buruk hingga menyebabkan badannya terbelah dua.

Semasa nahas, ia membawa 190 orang penumpang yang dibawa balik selepas terkandas akibat sekatan perjalanan ekoran pandemik Covid-19.

Kemalangan yang disifatkan paling buruk dalam tempoh sedekad itu dianggap satu keajaiban kerana ia tidak membabitkan jumlah kematian yang tinggi.

Pesawat Boeing 737 terhempas pada jam 7.40 malam, selepas juruterbangnya tidak dapat nampak landasan semasa percubaan pertama kali untuk mendarat akibat hujan lebat.

Apabila pesawat itu mendarat, ia berada di laluan taxiway – beratus-ratus meter dari landasan, kemudian tergelincir lalu memasuki parit.

Kozhikode digelar lapangan terbang table-top, menjadi cabaran bagi kru udara semasa pendaratan yang sukar kerana mereka biasanya mengalami penurunan curam di salah satu atau kedua-dua hujung landasan.

Kedua-dua juruterbang pesawat ini antara mangsa yang terkorban.

Pada masa ini hampir 150 orang masih dirawat di hospital.

 

 

Berita berkaitan

Pesawat Air India berpatah balik, juruterbang positif Covid-19

NEW DELHI – Sebuah pesawat Air India (AI) tanpa penumpang yang dalam penerbangan dari Delhi ke Moscow diarahkan berpatah...

Enam gerabak tren kargo tergelincir di Tanjung Malim

Tren tersebut dalam perjalanan ke Ipoh dari Pelabuhan Klang Perkhidmatan tren penumpang yang masih beroperasi dalam tempoh Perintah...

Wanita Kerala kes pertama positif koronavirus di India

India melaporkan kes pertama koronavirus apabila seorang wanita dari negeri Kerala disahkan positif hari ini,lapor Reuters.

Baik Pulih Tren Kargo Terbalik Sehingga 3 Dis. Laluan ETS/Komuter Ke Utara Terjejas

Kerja baik pulih landasan dan pengalihan gerabak tren kargo yang terbalik antara Stesen Bank Negara – Stesen Kuala Lumpur,...

Berita Terkini

Tangani Krisis Tanpa Membelakangkan Perlembangaan Dan Demokrasi – Mohamad

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihati kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani krisis yang dihadapi negara dengan mempertahankan...

Malaysia not the first country to declare state of emergency over Covid-19

Malaysia will not be the first country to declare a state of emergency over the Covid-19 pandemic, with almost...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

49 lagi pekerja Proton sah dijangkiti Covid-19

Selepas lima hari seorang pekerjanya diumum positif Covid-19, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memaklumkan sebanyak 49 lagi kes...