Friday, April 16, 2021
Spread the love

Koronavirus mungkin bermula dari sebuah makmal rahsia di Wuhan, jurnal dedah saintis pernah diserang kelawar

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

PENYEBARAN koronavirus boleh dikaitkan dengan sebuah makmal rahsia dimana penyelidik telah diserang sekumpulan kelawar, dakwa pakar virus China.

Meskipun kerajaan China berkata wabak itu bermula di sebuah pasar basah di Wuhan, saintis dari South China University of Technology di Guangzhou berpendapat virus itu berasal dari Pusat Kawalan Penyakit Wuhan (WCDC).

Satu jurnal penyelidikan bertajuk ‘The possible origins of 2019-nCoV coronavirus’, di mana ia mendakwa haiwan untuk kegunaan penyelidikan, termasuk kira-kira 605 kelawar ditangkap di wilayah Hubei dan Zhejiang.

Jurnal itu menyebut seorang penyelidik yang dikenali sebagai JH Tian pernah diserang kelawar dan darah haiwan itu terkena pada kulitnya.

Tian turut mengasingkan diri selama 28 hari selepas terkena kencing kelawar.

Makmal itu terletak kira-kira 280 meter dari pasar basah terkenal berkenaan dan bersebelahan hospital Kesatuan di mana sekumpulan doktor telah dijangkiti wabak tersebut.

Sementara itu, makmal kedua yang terletak kira-kira 12 kilometer dari pasar basah turut disebut dalam jurnal itu.

“Makmal ini melaporkan bahawa kelawar terung kuda Cina merupakan hos asli untuk sindrom pernafasan akut teruk (SARS) yang menggemparkan dunia pada 2003,” katanya.

Makmal itu dikatakan dimiliki Institut Virologi Wuhan dan diklasifikasikan sebagai P4, makmal biokeselamatan tertinggi. – Mirror.co.uk

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -