Thursday, January 28, 2021
Spread the love

Koronavirus belum reda, lelaki ditahan di lapangan terbang bawa masuk daging tikus kering

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas 780 gram daging tikus daripada seorang penumpang warga Myanmar yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas, dekat George Town, Ahad (9 Feb).

Pengarahnya Zarina Ramli berkata MAQIS dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah memeriksa lelaki berusia 30-an itu dan mendapati dia cuba membawa masuk daging tikus kering ke negeri ini tanpa dokumen Permit Import dan Sijil Kesihatan dari Myanmar.

“Pemeriksaan mendapati penumpang itu tidak mempunyai dokumen Permit Import dan Sijil Kesihatan dari negara pengeksport iaitu Myanmar untuk membawa masuk daging tikus kering tersebut. Tujuan Sijil Kesihatan veterinar ini adalah bagi memastikan barangan atau daging berkenaan bebas penyakit serta virus,” katanya dalam kenyataan, Isnin.

Sementara itu, seorang lelaki warga Thailand turut ditahan di LTAPP kerana membawa masuk mangga harumanis seberat 59.8 kilogram (kg) bernilai RM2,565.68 tanpa sebarang dokumen sah seperti Permit Import dan Sijil Fitosanitasi.

Zarina berkata perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit yang sah daripada MAQIS adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau enam tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Katanya MAQIS sentiasa mengambil langkah serius bersama agensi penguatkuasaan di sempadan dan pintu masuk ke negara ini dalam menangani isu membabitkan kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian negara.

“Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara,” katanya. -Bernama

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -