Wednesday, January 27, 2021
Spread the love

Komplot cemar reputasi, SPRM buat laporan polis

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan polis terhadap beberapa individu termasuk peguam yang didakwa menjadi dalang dalam komplot jenayah untuk menjatuhkan reputasi dan imej suruhanjaya itu dan Ketua Pesuruhjayanya Latheefa Koya.

Laporan polis itu dibuat oleh Pegawai Khas Undang-undang kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Sasha Lyna Abdul Latif, di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini hari ini.

Sasha Lyna yang ditemui media selepas itu berkata komplot jenayah itu dilakukan dengan menyebarkan pelbagai tohmahan melalui media sosial dengan niat mencemar integriti serta maruah SPRM dan Latheefa.

“Saya telah menyerahkan maklumat dan bukti yang kami terima kepada pihak polis dan juga menyerahkan identiti (mereka) yang menjadi dalang kepada komplot ini,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti individu terbabit memandangkan kes itu sedang dalam siasatan polis.

Menurut Sasha Lyna, komplot itu muncul selepas SPRM mendedahkan rakaman audio perbualan siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dalam satu sidang media pada 8 Jan lepas.

“Kami percaya ini juga adalah satu intimidasi kepada Ketua Pesuruhjaya (Latheefa) atas apa yang dilakukan pada sidang media itu,” katanya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Semalam, Latheefa dalam kenyataannya berkata laporan polis itu dibuat bagi menghantar satu mesej yang jelas kepada dalang-dalang di sebalik komplot itu bahawa beliau tidak tergugat atau terancam dalam melaksanakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Latheefa berkata beliau akan meneruskan tugasnya untuk membersihkan negara ini daripada gejala rasuah walaupun berdepan dengan cabaran seperti serangan peribadi dan ugutan terhadapnya.

Pada 8 Jan lepas, SPRM mendedahkan rakaman audio perbualan yang didakwa kebocoran maklumat kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan perbualan lain berkaitan siasatan terhadap 1MDB dan SRC International.

— BERNAMA

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -