Friday, April 16, 2021
Spread the love

Ketua Pemuda Bersatu Tanjung Malim maut kemalangan

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

TAPAH: Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Tanjung Malim maut selepas Mitsubishi Triton dinaikinya kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 315.8, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, Luth Ishak, 34, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala tiga rakannya cedera termasuk dua parah.

Kemalangan turut menyebabkan pemandu lori membawa muatan telur ayam dan kekacang cedera.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata siasatan awal mendapati Mitsubishi Triton dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun itu dipercayai melanggar bahagian belakang lori berkenaan.

Katanya, siasatan juga mendapati ia berpunca daripada lori berkenaan yang dipercayai menukar haluan dari lorong kanan ke kiri menyebabkan pemandu kenderaan pacuan empat roda gagal dikawal.

“Akibat kemalangan itu, penumpang hadapan Mitsubishi Triton meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat.

“Semua mangsa yang cedera dan parah dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Wan Azharuddin berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -