Sunday, January 24, 2021
Spread the love

Kerajaan GPS Sarawak Dilapor Sokong Mahathir Jika Berlaku Perubahan Kerajaan Pusat

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Kerajaan GPS Sarawak Dilapor Sokong Mahathir Jika Berlaku Perubahan Kerajaan Pusat. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Akhbar The Star, Gabungan parti-parti pemerintah Sarawak akan memberikan sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus menjadi Perdana Menteri.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mempunyai 18 ahli parlimen di Dewan Rakyat, juga bersedia untuk memihak kepada Dr Mahathir jika gabungan Kerajaan Persekutuan baru dibentuk.

Parti komponen GPS adalah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP). Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Openg juga adalah Presiden PBB.

Sumber dalam memberitahu The Star : “Semua parti komponen GPS bersetuju bahawa GPS akan memberi sokongan sepenuhnya kepada Dr M,”

0

Tambahnya: “Dengan keadaan politik tidak menentu di peringkat Persekutuan di Putrajaya, GPS dengan 18 kerusi Ahli Parlimen mesti membuat pendirian.

“Pilihan untuk menyokong Dr M juga bagi survival GPS di Sarawak.
“Pemimpin GPS merasakan dengan pilihan raya negeri yang bakal menjelang, kepentingan GPS di Sarawak akan dilindungi lebih baik dengan Dr M sebagai Perdana Menteri,” kata sumber itu.

Pemimpin GPS telah mengadakan mesyuarat tertutup di Kuching dan membincangkan situasi politik terkini di peringkat kebangsaan. Sumber itu berkata, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan hasrat Pakatan Harapan untuk menjatuhkan GPS dan menawan Sarawak dalam pilihan raya negeri akan datang – mencetuskan kebimbangan berterusan kepada GPS.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -