Sunday, April 11, 2021
Spread the love

Kanak-kanak lelaki lemas kejadian kepala air Sungai Kedondong

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

KANAK-KANAK lelaki yang hilang dalam kejadian kepala air di Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali Bayu Dingin, Kuala Kubu Bharu, hari ini, ditemukan lemas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, mayat Abdul Wafi Wuuzir Abd Rashid, 6, ditemui pasukan penyelamat pada 5.44 petang tadi.

“Mangsa ditemui di celah batu di dalam sungai berkenaan dan operasi membawa keluar mayat berdepan kesukaran kerana arus masih deras dan tinggi.

“Anggota bomba menggunakan kaedah menyeberang sungai sambil membawa pengusung bagi membawa keluar mangsa dari lokasi kejadian,” katanya.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tindakan.

Terdahulu, portal Harian Metro melaporkan mangsa dikhuatiri lemas, manakala empat individu lain termasuk dua wanita sempat diselamatkan selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian pada 3 petang itu.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -