Monday, January 18, 2021
Spread the love

Kakitangan awam dapat RM600, pesara RM300

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Demi menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam, kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM600 kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah.

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen pula bakal menerima RM300 dengan kedua-dua bantuan itu akan dibayar pada awal 2021.

“Selanjutnya bagi menghargai keringat kepahlawanan dan bakti pesara polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara, kerajaan bersetuju untuk melaksana pemberian one-off sebanyak RM500 kepada 40,000 penerima,” katanya pada Pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau juga mengumumkan dua inisiatif bagi menambah baik kemudahan anggota perkhidmatan awam, iaitu menaikkan kadar elaun RM6 kepada RM8 ringgit sejam untuk lebih 1,900 pegawai bomba bantuan mulai 2021.

Katanya, inisiatif kedua memperkenalkan skim perlindungan kemalangan diri percuma sehingga RM100,000 kepada peminjam baharu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam bagi 2021 dan 2022.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -