Sunday, January 24, 2021
Spread the love

Kajian: Ketidaktentuan ekonomi, politik jejas keyakinan rakyat terhadap hala tuju negara

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Kajian Merdeka Center mendedahkan kepercayaan pengundi terhadap hala tuju negara mulai pudar pada tahun lalu dengan rasa tidak puas hati terhadap ekonomi dan ketidaktentuan politik sebagai penyebab utama utama.

Laporan badan pemikir mengenai perkembangan dan haluan politik Malaysia mendapati 61% rakyat yang dikaji pada Nov lepas percaya negara berada di landasan yang salah dan hanya 26% berpandangan sebaliknya.

Daripada jumlah itu, 23% responden berkata kebimbangan berkait hal ehwal ekonomi seperti keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang tinggi adalah faktor utama mereka berpandangan sedemikian.

“Keyakinan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menguruskan ekonomi terus merosot, terutama sekali apabila ia melibatkan perbincangan mengenai perbelanjaan kerajaan, penjualan aset dan ketidakpastian mengenai inisiatif infrastruktur awam yang dicadangkan (pemansuhan jalan bertol sebagai contoh).

“Pengumuman inisitaif Kemakmuran Bersama Wawasan 2030 tidak dapat menahan kemerosotan itu,” menurut laporan itu.

Sementara itu, 16% responden juga menyebut bahawa masalah polarisasi kaum sebagai punca negara hilang arah, sementara masalah pentadbiran dan kepimpinan kerajaan yang lemah disebut oleh masing-masing 14% dan 13% responden.

Dari aspek politik, badan pemikir itu berkata, politik Malaysia kini dipacu oleh isu peralihan kuasa perdana menteri dan kestabilan kerajaan bagi menghadapi untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Kajian itu juga mendapati tahap penerimaan terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menurun dengan ketara dalam kalangan pengundi India dan Cina, walaupun beliau mengekalkan sokongan pengundi Melayu secara konsisten sebanyak 58%.

Manakala individu yang disebut-sebut sebagai penggantinya, Anwar Ibrahim hanya mendapat sokongan 13% pengundi Melayu.

Bagaimanapun, tahap penerimaan terhadap Anwar dalam kalangan pengundi India dan Cina meningkat antara Julai hingga Nov tahun lepas, iaitu daripada 23% kepada 62% dalam kalangan pengundi India, berbanding 18% ke 58% dalam kalangan pengundi Cina.

- Advertisement -

2 COMMENTS

  1. Bukan apatu… Menteri buat kenyataan2 yg melemahkan nilai Wang dan pasaran akibatnya byk share… anak syarikat konon terpaksa dijual… dgn harga murah dijual Walau nilai sebenarnya lebih mahal lagi kepada kroni2 atau sedara mara dr luar Malaysia… Kesimpulannya… harta negara dijarah. Betul ke???? Hmmmm

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -