Thursday, January 28, 2021
Spread the love

Jho Low tiada dalam senarai merah Interpol

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Agensi polis antarabangsa (INTERPOL) sepatutnya sudah menyenaraikan nama ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low sebagai individu dikehendaki menerusi laman webnya, selepas menerima permohonan daripada pihak berkuasa berkaitan.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata biasanya, proses permohonan itu tidak mengambil masa lama dan ia akan dilakukan secepat mungkin bagi membantu serta melengkapkan siasatan sesuatu kes.

“Kalau ada permohonan, (sepatutnya) tiada masalah. Ia berdasarkan pengalaman saya ketika jadi Ketua Polis Negara.

“INTERPOL akan senaraikan individu dikehendaki dan mengeluarkan notis merah mengikut permohonan dilakukan, tak lama pun nak proses permohonan itu.

“Dalam hal ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) yang buat permohonan, saya tidak boleh komen lanjut kena tanya mereka (SPRM),” katanya pada BH, semalam.

Sementara itu, penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim tidak menolak kemungkinan SPRM tidak mempunyai penyelaras untuk berurusan dengan INTERPOL menjadi antara punca Jho Low masih tiada dalam senarai merah INTERPOL.

“SPRM tiada koordinator khusus membabitkan isu ini, mereka perlu hubungi dan berkomunikasi terus dengan ibu pejabat INTERPOL di Perancis, ia akan mengambil satu tempoh masa tertentu.

“Kalau polis yang hantar permohonan itu mungkin cepat prosesnya kerana mereka mempunyai pegawai yang dikhaskan untuk berurusan dengan INTERPOL,” katanya.

Semakan di web INTERPOL setakat jam 12.30 tengah malam semalam mendapati pihak berkuasa antarabangsa itu masih tidak menyenaraikan Jho Low sebagai individu dikehendaki.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini dilaporkan sudah menghubungi INTERPOL untuk mengeluarkan Notis Merah terhadap Jho Low yang dikehendaki berhubung siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Laman web INTERPOL setakat jam 12.30 tengah malam semalam hanya menyenaraikan lima warga Malaysia sebagai orang dikehendaki iaitu Umar Sirul Azhar, 49; Lai Foo Siong, 38; Koh Ing Kueh, 44; Tan Lok Seng, 52 dan Loo Soon Aik, 39.

Berdasarkan senarai itu, Umar Sirul yang dipercayai merujuk kepada Sirul Azhar Omar menjadi nama yang paling popular selepas didakwa terbabit dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Sharibu.

Sirul yang kini dalam tahanan di Brisbane, Australia, selepas melarikan diri dari negara ini pada 2015, menegaskan bahawa dia diarahkan oleh ‘individu penting’ untuk membunuh wanita itu.

Notis merah dikeluarkan apabila seseorang individu dikehendaki sesebuah negara untuk pendakwaan atau untuk menjalani hukuman berdasarkan waran tangkap atau keputusan mahkamah.

Semakan senarai ‘red alert’ Interpol yang di kehendaki oleh Malaysia.
https://www.interpol.int/en/How-we-work/Notices/View-Red-Notices

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -