Thursday, January 21, 2021
Spread the love

Jangan kompromi isu keselamatan: Bung

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan keselamatan tidak berkompromi terhadap isu keselamatan terutamanya menjelang hari pembuangan undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.

Beliau berkata, sebagai langkah keselamatan kawasan sempadan perlu dikawal dengan ketat bagi mengekang sebarang cubaan pembolosan oleh pihak asing.

“Jika benar khabar angin yang mendakwa kehadiran mereka (kumpulan warga asing) secara besar-besaran yang bertujuan membuat huru-hara, maka pihak keselamatan jangan bertolak ansur.

“Kita tahu yang Filipina dengan sentimennya yang masih mahu menuntut Sabah walaupun pada hakikatnya negeri ini adalah milik Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataaan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkaitan maklumat kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang didakwa mahu membuat kekacuan pada PRN Sabah kali ini.

Terdahulu, Bung dalam ucapannya pada kempen dan perjumpaan jentera BN di Bandar Sri Indah di sini, malam tadi, menegaskan tindakan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang meminta kerajaan Persekututan berunding dengan Filipina mengundang kekeliruan dikalangan rakyat.

“Dia (Shafie) ini mesra Filipina. Saya tidak tahu kenapa dia ni begini. Soal keselamatan, kedaulatan negara dan negeri mana boleh di runding-runding dan kita memang bantah.

“Sebab itu juga, kita memberi jaminan, dalam ‘Aku Janji’ yang kita dlancarkan baru-baru ini, kerjaan tidak akan mengiktiraf sebarang tuntutan dari mana-mana pihak yang mahu tuntut negeri Sabah.

“Kita tidak akan biarkan satu inci pun bumi Sabah dimiliki oleh negara luar. Tidak ada runding-runding, ini negeri kita yang merdeka di dalam Malaysia,” tegasnya.

Pada perjumpaan yang dihadiri kira-kira 200 anggota jentera dan penyokong bersama ketiga-tiga calon BN bagi Dun Balung, Kukusan dan Tanjung Batu itu berlangsung kira-kira 40 minit berikutan arahan pihak keselamatan yang hanya memberi kebenaran program diadakan sehingga 10 malam susulan peningkatan kes positif Covid-19 di daerah ini.

Rujukan:
https://pakdin.my/prnsabah-polis-sahkan-cubaan-warganegara-jiran-masuk-mengundi-video/

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -