Sunday, April 11, 2021
Spread the love

Guan Eng desak Zuraida Dedah semua surat rundingan terus berkait beliau

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

PETALING JAYA: Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng hari ini mendesak Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin supaya mendedahkan dokumen mengenai 2 projek rundingan terus yang membabitkan kementeriannya.

Ia susulan kenyataan Zuraida semalam bahawa beliau sedia menyerahkan dokumen berhubung surat daripada ketua setiausaha kementeriannya kepada Kementerian Kewangan mengenai kelulusan projek rundingan terus sisa pepejal bernilai RM170.3 juta.

Zuraida berkata, beliau tidak maklum mengenai kedua-dua projek itu dan mendakwa rundingan terus bagi projek sisa pepejal berkenaan dibuat secara langsung oleh Lim selaku menteri kewangan ketika itu.

Lim bagaimanapun menolak dakwaan itu dalam satu kenyataan hari ini selain berkata, tidak mungkin projek sebesar itu diluluskan tanpa pengetahuan Zuraida.

“Beliau tidak boleh berselindung di belakang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tidak mendedahkan surat berkaitan projek sisa pepejal Taman Beringin atau PSPTB bernilai RM170.3 juta itu,” katanya.

Lim berkata, sekiranya terdapat surat arahan daripada beliau, maka Zuraida sudah tentu akan mendedahkannya jauh lebih awal.

“Demi kebenaran dan ketelusan, dedahkan semua surat daripada saya, Zuraida sendiri, ketua setiausaha Perbendaharaan danketua setiausaha KPKT.

“Zuraida tidak harus mendakwa bahawa ada surat sedemikian, tetapi tidak berani mendedahkan surat berkenaan secara umum,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mengeluarkan senarai 101 projek rundingan terus di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), dengan KPKT menganugerahkan 2 projek iaitu projek sisa pepejal bernilai RM170.3 juta di Taman Beringin, Kepong dan sistem perisian perakaunan bernilai RM501,000.

Rujukan:
Guan Eng Cabar Zuraida Dedah Surat KSU
https://pakdin.my/guan-eng-cabar-zuraida-dedah-surat-ksu/
Projek Rundingan Terus: MP Batu Desak Polis Siasat Zuraida
https://pakdin.my/projek-rundingan-terus-mp-batu-desak-polis-siasat-zuraida/
Zuraida dakwa Guan Eng luluskan dua projek RT bawah KPKT
https://pakdin.my/zuraida-dakwa-guan-eng-luluskan-dua-projek-rt-bawah-kpkt/
Kementerian Azmin, Zuraida masa PH turut tersenarai projek runding terus
https://pakdin.my/kementerian-azmin-zuraida-masa-ph-turut-tersenarai-projek-runding-terus/

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -