Guan Eng akan didakwa lagi

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen Butterworth, Jumaat ini.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharudin Wan Ladin, terdapat dua pertuduhan yang dikenakan terhadap bekas Menteri Kewangan itu mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu berkaitan dengan kesalahan salah guna harta untuk kepentingan peribadi atau menyebabkan seseorang melupuskan harta tertentu.

Difahamkan, harta yang terlibat ialah tanah.

Seksyen 403 memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda serta boleh dikenakan denda.

Perkara itu dimaklumkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini pada sebutan semula kes meminta rasuah bekas Menteri Kewangan itu.

Pada 7 Ogos lalu, Guan Eng didakwa atas tuduhan mengaku tidak bersalah meminta rasuah daripada seorang pengarah syarikat iaitu 10 peratus daripada keuntungan berhubung projek terowong bawah tanah.

Pada 10 Ogos lalu, Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan menerima rasuah RM3.3 juta berkaitan projek sama.

Guan Eng dijangka hadapi dua lagi tuduhan pecah amanah – Sumber
https://pakdin.my/guan-eng-dijangka-hadapi-dua-tuduhan-pecah-amanah-sumber/

spot_img