Gara-gara koronavirus, anjing juga dipakaikan topeng muka!

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

SUSULAN penularan wabak novel koronavirus yang melanda China sehingga menyaksikan lebih 200 orang maut, majoriti rakyat negara itu meningkatkan langkah pencegahan, khususnya dengan memakai topeng muka.

Namun, jangan terkejut kerana mereka bukan sahaja membeli topeng untuk melindungi diri sendiri dan ahli keluarga, bahkan untuk haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing.

Sungguhpun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan tidak ada bukti yang mengaitkan haiwan peliharaan boleh dijangkiti wabak tersebut, tetapi jualan topeng untuk haiwan peliharaan tetap laris.

Seorang peruncit dalam talian (online) yang berpangkalan di Beijing berkata, dia mampu menjual 10 kali bilangan topeng khas untuk anjing setiap hari berbanding sebelumnya.

Zhou Tianxiao, 33, berkata dia memulakan perniagaan topeng muka anjing khusus di laman web e-dagang China pada tahun 2018 untuk membantu haiwan terhindar dari pencemaran udara.

Tetapi sejak wabak koronavirus mula menyerang sejak bulan lalu di Wuhan, dia mendapati jumlah jualannya melonjak dengan sekurang-kurangnya mencatatkan jualan 50 keping sehari.

“Tujuan utama mereka membeli topeng untuk haiwan mereka adalah untuk menghalang asap, menghalang anjing daripada makan atau menjilat makanan di lantai dan mencegah mereka daripada terdedah kepada virus,” katanya.

Sementara itu Profesor Li Lanjuan dari Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China berkata pemilik haiwan peliharaan tetap perlu mengambil langkah pencegahan terhadap haiwan peliharaan mereka kerana wabak itu boleh ‘merebak antara mamalia’. – Metro.co.uk

spot_img