Gangguan bekalan air di Selangor dijangka berlarutan selama empat hari

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Air Selangor menjangkakan bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang yang terputus sejak semalam hanya akan mula pulih secara berperingkat dalam tempoh sekurang-kurangnya empat hari lagi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Suhaimi Kamaralzaman berkata ini kerana Loji Rawatan Air (LRA) terjejas hanya akan kembali beroperasi selepas mencatatkan bacaan tahap pencemaran bau pada tahap sifar ton tiga kali berturut-turut.

“Setakat ini, bacaan ialah pada satu ton berbanding tiga ton semalam dan LRA Sungai Selangor Fasa 1,2, 3 dan Rantau Panjang masih belum beroperasi,” katanya pada sidang media di Bangunan Air Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya memandang serius isu pencemaran tersebut kerana telah menyebabkan LRA terbabit henti tugas melebihi 30 jam.

Katanya pencemaran itu menjejaskan 1.2 juta akaun pengguna di 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak serta Kuala Langat.

“ kita tiada tempoh yang tepat bila gangguan bekalan air ini akan pulih, justeru bantuan bekalan air akan terus diagihkan melalui lori-lori tangki air dan pengguna disarankan mendapatkan bekalan air melalui pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang beroperasi 24 jam sehingga bekalan pulih sepenuhnya,” katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari hari ini berkata sebuah kilang disita dan dikenakan kompaun serta-merta selepas dipercayai melepaskan bahan pelarut ke dalam Sungai Gong yang mengalir ke Sungai Sembah, iaitu antara sungai utama bagi Sungai Selangor.

Semalam, LRA Rantau Panjang dihenti tugas pada 7.15 pagi manakala LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2) dan Fasa 3 (SSP3) pada 9 pagi. — Bernama

spot_img