Tuesday, April 13, 2021
Spread the love

Fahami maksud, perbezaan PKPB antara Sabah, Selangor, KL dan Putrajaya

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Berikutan pengumuman kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Putrajaya, dan Kuala Lumpur, ramai ingin mengetahui sejauh mana kelonggaran diberikan untuk penduduk berkenaan.

Ramai juga yang tertanya-tanya sama ada bolehkan mereka bekerja seperti biasa atau kembali ke era PKP di mana pergerakan sangat terhad dengan kebanyakan sektor ekonomi ditutup sepenuhnya.

Secara amnya, PKPB merupakan langkah kerajaan untuk memberi fokus kepada kawalan pergerakan berkaitan majlis sosial.

Sementara beberapa sektor ekonomi pula dibenarkan untuk beroperasi mengikut keperluan.

Bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan prosedur operasi standard (SOP) PKPB di Sabah, dan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya.

Berikut perbezaan yang digariskan pihak berkuasa:

PKPB Sabah

  • Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
  • Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan
  • Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah DITUTUP.
  • Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam lain adalah DITUTUP.
  • Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah TIDAK DIBENARKAN.
  • Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.
  • Kegiatan sektor ekonomi, industri dan perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa namun perlu mematuhi SOP ketat yang telah dan akan dikeluarkan oleh MKN.
  • Pasar Borang, Pasar harian (6 pagi – 2 petang).
  • Kedai barang keperluan dan kedai runcit (6 pagi – 6 petang)
  • Restoran, kedai-kedai makan, warung-warung, kedai runcit dan serbaneka dibenarkan (6 pagi – 6 petang).
  • Bagaimanapun, terhad untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta take away.
  • Operasi stesen minyak dibenarkan beroperasi (6 pagi – 6 petang)
    Perkhidmatan teksi/ e-hailing dan penghantaran makanan juga dibenarkan (6 pagi – 8 malam).
  • Bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi.
  • Farmasi dan kedai ubat-ubatan dibenarkan beroperasi seperti biasa (6 pagi hingga 6 petang).
  • Operasi klinik dan hospital kerajaan dibenarkan beroperasi 24 jam.
  • Sektor perikanan, perladangan, pertanian adalah dibenarkan.
  • Bagi sektor perniagaan dan perkilangan termasuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang ingin beroperasi boleh memohon daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah

PKPB Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya

  • Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
  • Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
  • Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
    Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup.
  • Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.
  • Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan
  • Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.
SourceAwani
- Advertisement -
- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -