Ekonomi Malaysia tumbuh 4.3% tahun 2019, terendah dalam 10 tahun

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Ekonomi Malaysia merekodkan pertumbuhan terendah dalam tempoh sedekad kepada 4.3 peratus bagi keseluruhan tahun 2019.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga 2019 berkembang kepada 3.6 peratus, kedudukan terendah dalam tempoh 41 bulan.

Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Yunus berkata, prestasi ekonomi itu disebabkan gangguan bekalan dalam sektor komoditi pada suku keempat 2019.

Pengeluaran minyak sawit menguncup 16.9 peratus manakala  gas asli susut 2.1 peratus semasa suku dalam kajian.

Pengeluaran minyak mentah pada suku keempat 2019 menunjukkan prestasi yang lebih baik apabila jatuh 5 peratus berbanding penguncupan 12.8 peratus pada suku sebelumnya.

“Ekonomi domestik terjejas akibat gangguan bekalan dalam sektor komoditi pada suku keempat 2019.

“Penguncupan teruk pengeluaran minyak sawit pada suku terakhir 2019 disebabkan musim kemarau.

“Malah pada awal tahun lalu, sudah berlaku kemarau yang menyebabkan masalah pembajaan.

“Sekiranya, ekonomi negara tidak mengalami gangguan bekalan, KDNK Malaysia boleh berkembang sehingga 4.3 peratus pada suku keempat dan 4.7 peratus keseluruhan tahun 2019,” katanya semasa mengumumkan prestasi ekonomi suku keempat 2019 di Bank Negara Malaysia hari ini.

Bagaimanapun menurut Nor Shamsiah, penggunaan swasta masih kukuh dan terus menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara.

Menyentuh mengenai prestasi ekonomi 2020, Gabenor berkata, masih banyak ketidaktentuan ketika ini terutamanya berkaitan impak penularan wabak koronavirus.

Angka yang tepat akan diumumkan semasa pengumuman Laporan Tahunan Bank Negara pada 25 Mac nanti.

spot_img